Monday, March 10, 2014

Zaid batal hasrat bertanding di PRK Dun Kajang

  • ZAID IBRAHIM
 1 / 1 


SHAH ALAM - Calon Bebas PRK Dun Kajang, Datuk Zaid Ibrahim hari ini membatalkan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang pada 23 Mac ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang mendapati Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah di atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd.

Saiful Bukhari Azlan, sekaligus telah 'menjamin' kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"Sabitan itu menyebabkan Anwar tidak lagi layak untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

"Tiada lagi keperluan bagi saya untuk melibatkan diri dalam isu ini dan dengan itu, saya menarik diri daripada bertanding pada PRK Dun Kajang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bulan lalu, Zaid mengumumkan hasratnya bertanding bagi atas alasan mencegah Anwar menggantikan Khalid sebagai menteri besar.

Terbaru, Anwar sebagai ketua umum PKR hari ini mengumumkan Wan Azizah, presiden parti, bagi bertanding menggantikannya di Dun itu.