Friday, April 18, 2014

Anwar tidak perlu jadi PM selesai kes MH370

  • Anwar IbrahimAnwar Ibrahim
 1 / 1 
DUNGUN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu tunggu untuk jadi perdana menteri bagi menyelesaikan misteri  pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Tak perlu tunggu (nak) jadi PM untuk selamatkan Malaysia. Perlu ke dia (Anwar) tunggu untuk selamatkan nyawa (di dalam MH370)?" katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program 1Ukhwah 1Misi 1 Organisasi warga kerja Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di sini hari ini.

Shafie mengulas kenyataan Anwar dalam temu bual oleh akhbar China, Southern Weekly bahawa beliau mampu menyelesaikan isu kehilangan MH370 dalam satu saat sekiranya beliau menjadi perdana menteri.
Beliau berkata, jika benar Anwar berkata sedemikian, beliau patut tampil membantu dan menyelesaikan masalah tersebut.

Sebagai seorang pemimpin Anwar hendaklah berkhidmat dan menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira apa jua jawatan sekalipun, katanya. - Bernama