Thursday, April 24, 2014

Catuan Air: Guna Debu Ganti Air Sembahyang


Gesaan ADUN Sijangkang yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dr. Ahmad Haire Yunus agar rakyat Selangor menadah air hujan buat kegunaan pada waktu catuan air sekarang, adalah satu cadangan yang patut diberi pertimbangan berat.

Sememangnya, sewaktu musim hujan sekarang, rakyat Selangor perlu belajar menadah 'air percuma' ini sebanyak yang boleh untuk kegunaan sehari-harian dan tidak bergantung sepenuhnya kepada lori tangki air yang dihantar Syabas atau PBT.

Kalau takut nak guna untuk minuman, boleh guna untuk kegunaan-kegunaan lain seperti membasuh dan sebagainya.  Dengan cara itu, pembaziran air dapat dielakkan dan catuan air yang berlanjutan sekarang, tidak akan memberi kesan yang begitu besar kepada rakyat Selangor.


Tapi menurut maklumat, pembaziran air terbesar di Selangor adalah dari penggunaannya untuk tujuan yang membazir, seperti ambil air sembahyang, membersihkan najis dan sebagainya - majoriti dilakukan oleh orang-orang Islam.

Sedangkan menurut PAS, Islam membenarkan penggunaan debu bagi menggantikan air, terutama dalam keadaan darurat air seperti yang berlaku di Selangor hari ini.  Sementara untuk membersihkan najis, orang Islam boleh menggunakan tisu tandas seperti yang dilakukan masyarakat cina.

Persoalanya sekarang kenapa debu tidak digunakan untuk sembahyang dalam keadaan sekarang, kenapa mesti air juga?

Mungkin pemimpin-pemimpin tempatan PAS dan kerajaan negeri Selangor sendiri boleh turun ke bawah dan mendidik rakyat akan keperluan untuk menggunakan debu bagi menggantikan air semasa nak sembahyang.

Jabatan Penerangan Khas, dibawah pimpinan Ustaz Badrul Amin boleh menjalankan misi ini melalui siri ceramah dan perjumpaan kecil.  Mungkin pada peringkat permulaan ini, kerajaan negeri Selangor boleh mengedarkan kertas tandas percuma kepada penduduk di kawasan terjejas.

Semoga selepas ini, tidak ada lagi rungutan di dengar dari kalangan mereka yang tidak bersyukur dengan nikmat catuan yang mereka perolehi.  Sekurang-kurangnya air masih ada (walaupun dicatu), berbanding dengan banyak negara lain yang tidak mempunyai air langsung.