Friday, April 4, 2014

Culik: Pemimpin DAP Perlu DIlantik Sebagai KP ESSCOM


Kejadian culik terbaru melibatkan seorang rakyat China dan Filipina di sebuah resort perangian di Semporna kelmarin, mencetuskan persoalan yang serius mengenai keberkesanan penubuhan Zon Selamat Timur-Sabah (ESSCOM) oleh kerajaan persekutuan di Sabah.

Macam ESSCOM ini tidak berfungsi langsung kerana sejak kejadian pencerobohan kumpulan tentera diraja Sulu Februari tahun lepas, sudah beberapa insiden culik berlaku di kawasan itu, termasuk satu pada bulan November yang masih tidak selesai sehingga sekarang.

Itu pun tak selesai lagi, dah berlaku yang baru, apa ni?  Tidur ke?

Walaupun yang terlibat dalam kejadian terbaru ini tidak melibatkan seorang pun rakyat Malaysia, tapi  Pakatan Rakyat merasakan itu bukan alasan kenapa kes ini perlu dilihat sebagai kes yang terpencil atau paling tidak, dilupakan terus.

Kes ini menunjukkan kelemahan yang masih berlaku dalam soal mengawal keselamatan perairan di Timur Sabah.  Orang asing dan bersenjata masih lagi boleh keluar masuk sesuka hati ke dalam kawasan kita - disebalik dakwaan kawalan keselamatan telah dipertingkatkan.

Memang Pakatan Rakyat akui, kewujudan ESSCOM adalah untuk mencegah kejadian pencerobohan tentera diraja Sulu dari berulang semula, bukan untuk mencegah kejadian jenayah culik seperti ini, tapi perlu diingat, kejadian seperti itu (walaupun dalam skala kecil), mampu menjejaskan keselamatan rakyat.

Yang paling penting, tidur dan kehidupan mereka sudah tidak lagi sama seperti dahulu.

Justeru, Pakatan Rakyat menawarkan mana-mana Ahli Parlimen DAP untuk dilantik sebagai Ketua Pengarah ESSCOM yang baru bagi menggantikan Datuk Muhammad Mentek yang terbukti tidak mempunyai keupayaan untuk mengawal keselamatan di Sabah walaupun ada kuasa yang besar.

Ini adalah tawaran kali kedua Pakatan Rakyat setelah minggu lepas DAP menawarkan diri untuk menjadi komander dalam usaha mencari pesawat MH370 yang masih tidak dijumpai sampai sekarang di sebalik banyaknya aset-aset canggih yang digunakan dalam pencarian tersebut.

Pakatan Rakyat yakin, ahli-ahli Parlimen DAP mempunyai keupayaan tinggi untuk menyelesaikan masalah rumit seperti ini kerana khabarnya ada diantara mereka pernah menerima latihan ketenteraan di Singapura, serta mahir dalam selok belok taktikal politik dan ketenteraan.

Dibawah arahan Ahli Parlimen DAP yang bakal dilantik kelak, Pakatan Rakyat menjamin ESSCOM akan berfungsi dengan lebih efisien dan meletakkan sasaran zero crime  dikawasan tersebut - sesuatu yang tidak berani diperkatakan pemimpin-pemimpin BN sekarang.

Pakatan Rakyat berharap kerajaan BN berani menerima tawaran ini kerana nampak sangat dalam kerajaan tu semuanya sudah mati otak, sedangkan 'otak' yang sebenarnya berada dalam Pakatan Rakyat, rugi kalau tidak digunakan untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya mudah seperti kawalan keselamatan di Timur Sabah dan pencarian MH370.