Ada beberapa sebab kenapa bayaran perkhidmatan dan barangan itu perlu naik. Antara lain kerana bekalan yang terhad (permintaan yang tinggi), faktor cuaca dan sebagainya.
Dalam kes kenaikan tarif air di Penang yang diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng kelmarin, kenaikan itu adalah sebagai hukuman kepada rakyat Penang, terutama orang Melayu dan Mamak di negeri tersebut yang gemar membazirkan air.
Terutama dalam soal membersihkan diri selepas buang air kecil/besar, mahupun sewaktu hendak bersembahyang.
Kalau minoriti Melayu & Mamak ini mengikut cara orang Cina yang membersihkan diri menggunakan tisu tandas, tentu masalah pembaziran air ini boleh dikurangkan, kalau tidak dihapuskan terus. Kenapa mereka masih menggunakan air untuk membersihkan najis sendiri, masih tidak dapat dipastikan, bukankah air itu lebih baik digunakan untuk minum?
Begitu juga dalam soal sembahyang.
Orang Cina yang bersembahyang tidaklah menggunakan air langsung, tak seperti orang Melayu yang menggunakan begitu banyak air sebelum bersembahyang, terutama pada waktu tengahari pada hari Jumaat - macam hari ini.
Pada waktu itulah begitu banyak pembaziran dilakukan dengan air dibazirkan sewenang-wenangnya untuk membasuh beberapa bahagian tubuh (bukan basuh satu badan pun). Apa kalau tak basuh sebelum sembahyang, tak boleh ke?
Jadi janganlah UMNO bising dan mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri menaikkan tarif air di negeri tersebut. Selain hak kerajaan negeri untuk menaikkan tarif air, pembaziran air yang menjadi punca kenaikan tersebut, turut dilakukan oleh penyokong dan pengundi parti orang Melayu tersebut.
Sebetulnya dalam hal ini, Pakatan Rakyat yang menjadi mangsa terpaksa menanggung akibatnya apabila kos menguruskan air meningkat secara mendadak akibat penggunaan yang luarbiasa tinggi, sedangkan sumber air di negeri tersebut semakin berkurangan.
Atau UMNO mungkin suka melihat kerajaan negeri mengadakan catuan air seperti di Selangor sekarang? Aku yakinlah, kalau itu dilakukan, UMNO masih tidak akan diam dan akan terus menyerang Pakatan Rakyat.
Oleh yang demikian, lebih baik dinaikkan saja.
Bagaimanapun, kerajaan negeri perlu melihat keperluan untuk mengadakan satu undang-undang melarang penggunaan air selain dari tujuan minum dan mandi di negeri tersebut. Hanya dengan cara itu sajalah, masalah pembaziran air ini dapat dihapuskan.