Monday, April 28, 2014

Enggan Berjumpa: Obama Yang Rugi, Bukan Anwar


Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak begitu kisah untuk berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama sepanjang lawatannya ke negara ini selama 3 hari, tapi dunia amnya mahu perjumpaan itu akan berlaku juga akhirnya.

Ini kerana, hanya Anwar sahaja yang mempunyai keupayaan menjelaskan kepada Obama akan situasi sebenar di Malaysia dan dunia Arab yang sedang bergolak, berbeza dengan Najib yang sekadar bercakap ikut teks. Malah, nak sebut 'proliferation' pun tak tahu.

Memalukan negara saja.  Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang pemimpin sebuah negara tidak boleh menyebut perkataan English dengan betul, Najib seorang saja.

Kalau Anwar jadi Perdana Menteri hari ini, keadaaannya sudah tentu berbeza, tidaklah negara kita dimalukan seperti sekarang.

Justeru, keengganan Obama menemui Anwar tidak merugikan sesiapa selain Presiden ke 44 Amerika Syarikat itu sendiri.  Terpaksalah Obama bergantung kepada maklumat kurang tepat yang disampaikannya oleh Najib mengenai Malaysia, termasuk dalam soal kehilangan MH370, TPPA dan sebagainya.

Kalau Anwar, beliau boleh menerangkan cerita sebenar mengenai MH370 yang hilang itu dan menjelaskan apakah dia maklumat sulit yang disembunyikan kerajaan dari perhatian umum, selain lokasi sebenar MH370 berada.

Itu baru satu perkara, ada banyak lagi perkara sebenar yang Anwar boleh terangkan kepada Obama, tapi sebab tunduk kepada tekanan kerajaan Malaysia yang tidak mahu perjumpaan tersebut berlaku, maka kedatangan Obama ke sini hanyalah satu kedatangan yang sia-sia.

Sudahlah kita menunggu hampir separuh abad untuk seorang Presiden Amerika Syarikat datang ke negara ini, datang pun asyik didendangkan dengan cerita-cerita tidak betul mengenai Malaysia.

Membazirkan masa dan tenaga.