Monday, April 28, 2014

Motif Nik Aziz Jumpa Muhyiddin?


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara satu atau dua pemimpin UMNO yang masih ragu-ragu untuk menyokong draf hudud Kelantan sekiranya perkara tersebut dibentangkan dalam sesi persidangan Parlimen akan datang.

Selain Muhyiddin, seorang lagi pemimpin UMNO yang mempunyai pendirian serupa ialah Nor Jazlan Rahmat.

Kata Muhyiddin, dia mahu meneliti dulu draf hukum hudud berkenaan sebelum boleh memberikan kata putus, walaupun Najib sendiri sudah memberi jaminan bahawa UMNO akan menyokong undang-undang tersebut sekiranya dibentangkan di Parlimen.

Bagaimanapun, tindakan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menerima kedatangan Muhyiddin semalam, menimbulkan pertanyaan besar, adakah ini petanda bahawa UMNO sedang berpakat dengan PAS untuk memastikan undang-undang itu dilaksanakan di Kelantan?

Sebab kita tahu, Muhyiddin dan ketidakpastiannya untuk menyokong undang-undang tersebut, seharusnya memberi gambaran positif bahawa UMNO tidak akan memberikan sokongan, tapi dengan pertemuan dengan Nik Aziz semalam, ia memberikan petanda yang lain pula.

Kita bimbang, Muhyiddin cuba mendapatkan penjelasan dari Nik Aziz mengenai apa-apa yang dia tidak faham mengenai hudud ini sebelum membuat keputusan nak menyokong atau tidak.

Atau, Muhyiddin membawa mesej dari Najib yang dia tidak mahu rakyat tahu mengenai pendirian sebenar UMNO mengenai hukum hudud.

Nik Aziz sepatutnya menghalau saja Muhyiddin balik, bukan menerima kedatangannya dengan tangan terbuka seolah-olah Muhyiddin adalah seorang yang wajib dihormati.  Muhyiddin bukan dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat dan Nik Aziz berhak menghalau Muhyiddin balik.

Dah dikatakan bahawa kehadiran Muhyiddin adalah secara mengejut, memberikan Nik Aziz lebih dari 1000 alasan untuk menolak kedatangan pemimpin nombor dua UMNO itu.

Tapi Nik Aziz nampaknya tidak sensitif dengan perasaan pimpinan Pakatan Rakyat  yang lain, terutama dari DAP. Dalam keributan kita nak menghalang hukum hudud ini dari dibawa masuk ke Parlimen, Nik Aziz ada cerita yang lain pula.