Monday, April 21, 2014

Insiden MH192 mendarat cemas dibawa ke Kabinet

  • MH192Pesawat penumpang Malaysia Airline MH192 dilihat pada landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Malaysia, semalam. - Foto EPA
 1 / 1 
SHAH ALAM - Insiden pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH192 yang  membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi akan dibawa ke Kabinet Rabu ini.

Dalam pada itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberikan MAS masa dua hari sehingga Rabu hantar laporan lengkap mengenai kejadian pesawat MH192 mendarat cemas itu.

Pesawat tersebut yang dijadualkan berlepas ke Bangalore dari KLIA pada jam 10.09 malam disahkan selamat tiba di lapangan terbang tersebut tepat jam 1.56 pagi tadi.

Dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh pihak MAS awal pagi tadi, pesawat itu membuat pusingan semula ke Kuala Lumpur untuk pendaratan kecemasan kerana selepas mengalami kerosakan gear.

Kesemua penumpang dan anak kapal selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.