Monday, April 21, 2014

MH192: MP Pakatan Rakyat Perlu Dilantik Jadi Menteri Pengangkutan


Malang dan Datuk Seri Hishamuddin, memang kembar yang tidak dapat dipisahkan.  Letaklah beliau dimana sekalipun, memang tidak ada kejayaan yang ditinggalkan disitu, melainkan masalah dan bala yang bertimpa-timpa.

Pegang Menteri penuh pun macam itu, pangku jawatan Menteri apatah lagi.

Ini merujuk kepada kejadian terbaru pesawat MH192 dalam perjalanan ke Banglore, India pagi tadi, dimana pesawat itu terpaksa berpatah balik ke KLIA setelah juruterbang mengesan masalah pada gear pendaratan pesawat - kejadian kedua membabitkan MAS sejak tragedi MH-370 sebulan lepas.

Walaupun bukan Hishamuddin yang memandu pesawat itu dan ini bukan insiden kali pertama pesawat berpatah balik, tapi sudah tentu ada yang tidak kena sehinggakan sejak dia memangku jawatan Menteri Pengangkutan, macam-macam masalah dikesan berlaku pada sektor tersebut.

Bukan setakat di udara sahaja, di darat pun sama bila kemalangan jalan raya termasuk yang mengorbankan nyawa bekas Pengerusi DAP, YB Karpal Singh semakin banyak dari hari ke hari.  Terbaru kemalangan melibatkan bas ekspress, dalam tempoh 8 hari, 3 kemalangan membabitkan kenderaan itu berlaku di negara kita, termasuk dua yang mengorbankan 4 nyawa.

Keadaan jalan raya yang teruk dan merbahaya disamping kurangnya penguatkuasaan dari agensi-agensi berkaitan, telah dikenalpasti sebagai punca yang membawa kepada terjadinya semua musibah ini.  

Apa sekalipun nak cakap, semua ini menunjukkan kelemahan Hishamuddin sebagai pemangku Menteri.  Pakatan Rakyat tidak faham bagaimana seorang individu yang gagal memimpin satu Kementerian pun, diberikan tanggungjawab untuk memimpin 2 Kementerian sekaligus.

Sudah tidak ada orang lainkah yang lebih layak?

Kerajaan BN perlu membuat perubahan dengan melantik seorang Menteri dari kalangan ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk menjaga kementerian-kementerian yang bermasalah, antaranya 2 kementerian yang berada dibawah Hishamuddin sekarang.

Hanya dengan cara ini saja keyakinan rakyat dan pelancong antarabangsa terhadap industri pengangkutan negara kita, dapat dikembalikan semula.

Cadangan ini ada logiknya kerana kepimpinan Pakatan Rakyat jauh lebih baik dari BN.

Lihat saja prestasi negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Pulau Pinang (Kelantan terkecuali), semuanya meningkat dengan banyak setelah ditadbir oleh Pakatan Rakyat.  Selain beberapa masalah kecil seperi air, hal-hal lain semuanya memuaskan hati rakyat.