Monday, April 21, 2014

Kemalangan MH192 Sengaja Dirancang?


Angin tidak, ribut pun tidak, tiba-tiba berlaku kemalangan udara yang hampir-hampir mengorbankan 166 nyawa krew dan penumpang pesawat MAS, penerbangan MH192 ke KL_Bangalore pagi tadi.

Secara tiba-tiba juga, perhatian dunia terarah kepada juruterbang berkenaan, Kapten Nor Adam Azmi yang kononnya cekap mengendalikan pesawat tersebut apabila berjaya membuat pendaratan cemas walaupun dengan satu gear pendaratan yang rosak.

Di media sosial, media utama apatah lagi, semuanya bercakap tentang kehebatan juruterbang berkenaan.

Terselit di tengah-tengah itu ialah 'keprihatinan' pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang sanggup turun awal pagi untuk meninjau sendiri perkembangan tersebut di KLIA.

Walhal tugas Hishamuddin bukan susah manapun, dia hanya perlu bangun awal, basuh muka lebih kurang (mandi tak payah), pemandu dan segala polis pengiring dah menunggu di bawah untuk membawanya ke KLIA - dah nama pun Menteri, bukan kena gopoh gapah mencari kunci kereta serta menempuh kesesakan jalan raya macam orang lain.

Yang nyata, insiden terbaru ini menghilangkan sekejap misteri kehilangan pesawat MH370 yang dulu menjadi tajuk utama.

Persoalannya sekarang, tidakkah semua ini nampak seolah-olah macam dirancang?  Maksud aku, kejadian gear pendaratan rosak ini bukan normal pada pesawat MAS, malah dari selidikan ringkas Pakatan Rakyat mendapati, ini kali pertama pesawat MAS menghadapi masalah seperti itu.

Adakah ini cubaan pihak-pihak tertentu yang cuba menjadikan insiden MH92 ini untuk menaikkan semula nama MAS yang teruk tercemar setelah kejadian yang menimpa MH370, terutama dari aspek profesionalisme juruterbang pesawat?

Maklum sajalah, antara faktor yang dikaitkan dengan kehilangan MH370 ialah, juruterbang pesawat itu (yang juga penyokong tegar PKR) dengan sengaja mensabotaj pesawat tersebut kerana kecewa setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun akibat kesalahan meliwat.

Teori berkenaan belumlah terbukti tapi dikatakan telah menjejaskan imej MAS dengan teruk.

Justeru, mungkinkah kemalangan ini sengaja dirancang untuk mengembalikan keyakinan penumpang terhadap MAS, selain dalam masa yang sama cuba mengangkat populariti Hishamuddin?  

Bercakap tentang itu, pelik juga bagaimana Hishamuddin boleh berada di KLIA dalam jangka masa yang cepat, seolah-olah dia tahu kemalangan ini akan berlaku lebih awal?

Justeru, aspek kemalangan ini disengajakan, perlu disiasat oleh panel penyiasatan bebas yang ditubuhkan oleh pihak ketiga - tanpa penglibatan kerajaan langsung, barulah jawapan sebenar dapat dicari. 

Serah pada kerajaan untuk kendalikan, hanya dapat jawapan yang baik-baik sajalah.