Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada majalah Southern People Weekly yang dimiliki Southern Weekly China kelmarin, bahawa beliau mampu menyelesaikan krisis kehilangan MH370 dalam masa 1 Saat, sememangnya benar.
Bukan nak membodek atau nak mengagungkan beliau berlebihan, tapi semua orang tahu Anwar memang ada kebolehan itu, tapi kerana beliau sudah tidak lagi berada dalam kerajaan, maka keupayaan itu tidak boleh dibuktikan.
Hari ni pun sepatutnya Anwar sudah boleh menyelesaikan misteri kehilangan pesawat tersebut dengan membuat pendedahan di Parlimen, tapi sekali lagi UMNO menggunakan kelebihan kerusi yang ada padanya di Parlimen untuk menolak usul Pakatan Rakyat bagi membincangkan soal MH370 ini.
Perkara ini mampu dilakukan kerana Anwar mempunyai pengetahuan yang begitu mendalam tentang industri penerbangan serta teknologi radar yang digunakan oleh pasukan tentera. Sebagai Menteri Kewangan Malaysia pada satu ketika dulu, Anwar perlu meneliti setiap pembelian aset oleh pasukan tentera dan disitulah pengetahuan ini diperolehi.
Selain itu, masa dalam penjara selama 6 tahun atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dulu, digunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk membaca buku-buku mengenai teknologi ketenteraan, seterusnya menambah pengetahuan Anwar dalam bidang berkenaan.
Jadi kalau Anwar mendakwa mampu selesaikan masalah kehilangan pesawat MH370 ini, dakwaan itu adalah betul dari segala segi - beliau memang ada keupayaan itu.
Dengan itu, BN, terutamanya MCA diminta untuk tidak terlalu memperbesarkan isu ini. Jika MCA berani, sila minta UMNO benarkan Anwar untuk membahaskan isu tersebut di Parlimen, seterusnya membuktikan kemampuan beliau.
Atau paling tidak, beri beliau peluang bercakap di TV untuk selama setengah jam, tak perlu lama. Ada berani?
Ini tidak, sana sekat, sini sekat, kemudian nak hina Anwar kerana kononnya bercakap besar apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.