Thursday, April 10, 2014

Kajang Bertambah Makmur Setelah Wan Azizah Menang


Penduduk Kajang hari ini mula melihat sendiri banyak perubahan berlaku di kawasan mereka, hampir 3 minggu selepas Datuk Seri Wan Azizah Ismail memenangi kerusi DUN Kajang dengan mengalahkan calon BN, Chew Mei Fun.

Ini setelah satu persatu dari 4 janji dalam manifesto pilihanraya yang dijamin perlaksanaanya oleh Wan Azizah sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil yang lalu, telah mula dilaksanakan secara berperingkat.

Antara yang paling ketara ialah masalah kesesakan jalan raya di Kajang sudah bertambah mengurang dengan begitu mendadak sekali.  Jika dulu rakyat Kajang menghabiskan berjam-jam masa menempuh kesesakan, kini hanya sekitar 20-30 minit sahaja.


Sementara baki 3 janji yang lain itu pasti akan dilaksanakan tidak berapa lama lagi, malah, sedang artikel ini ditulis, sudah banyak di antara janji-janji tersebut yang menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Masalah sampah umpamanya sudah ada peningkatan dari segi kekerapan pungutan dan sebagainya, masalah keselamatan pula sedang dalam perincian bersama-sama dengan pihak polis, sementara membawa perlawanan bolasepak Liga Malaysia untuk bermain di Stadium Kajang, juga akan dilaksanakan tidak berapa lama lagi.

Rakyat bagaimanapun diminta tidak terlalu mengharap perubahan yang drastik kerana Wan Azizah baru sahaja menang di Kajang.  Walaupun kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor telah memerintah selama lebih 5 tahun, tapi masalah di Kajang ini terlalu unik dan memerlukan perhatian khusus dari pemimpin bertaraf nasional.

Dan atas sebab inilah Wan Azizah dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat disini, kerana atas kapasiti beliau sebagai Presiden PKR serta isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau diyakini mampu untuk melaksanakan semua janji yang digariskan dalam manifesto tersebut.

Perkara ini penting untuk ditekankan disini  bagi menyakinkan rakyat untuk terus mengundi Pakatan Rakyat dimana sahaja pilihanraya umum atau kecil diadakan.