Thursday, April 10, 2014

MH370: Usul Membahaskan Isu Ditolak UMNO, Pendedahan Ditangguhkan


Menyedari apa jua yang bakal didedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung lokasi sebenar MH370 berada bakal menjejaskan UMNO, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Amin Pandikar dilaporkan telah menolak usul untuk membahaskan perkara itu seperti dipohon Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang di persidangan Dewan Rakyat yang akan berakhir hari ini.

Selain usul berkenaan, Speaker dikatakan turut menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membahaskan isu kecaman terhadap hakim-hakim Mahkamah Rayuan dalam kes liwat Anwar yang dibuat oleh 55 orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat semalam.

Kerana usul itu tidak diluluskan, hasrat rakyat Malaysia untuk mengetahui cerita sebenar disebalik kehilangan pesawat MH370 ini tanpa perlu menunggu keputusan analisa kotak hitam pesawat (kalau dijumpai nanti), hanya tinggal harapan.

Walaupun tanpa pendedahan tersebut, situasi semasa menunjukkan operasi pencarian MH370 yang tenggelam di dasar Lautan Hindi ini, sudah mula menunjukkan perkembangan positif apabila kapal pertahanan Australia, Ocean Shield, berjaya mengesan isyarat terbaru dari kotak hitam pesawat tersebut. 


Dipercayai, kejayaan terbaru ini adalah kerana bantuan maklumat yang diberikan Anwar melalui pihak-pihak tertentu di Australia.  

Keputusan untuk menyalurkan terus maklumat kepada pihak Australia ini adalah kerana kita bimbang kalau ia diserahkan kepada kerajaan Malaysia, maklumat tersebut akan disembunyikan sekali lagi.

Jadi rakyat Malaysia usah bimbang, soal sama ada Anwar akan membuat pendedahan itu atau tidak bukan isu, yang penting pesawat itu (atau kotak hitamnya) dijumpai dulu, dan selepas itu semua yang menjadi persoalan di minda kita hari ini mengenai punca sebenar kehilangan pesawat tersebut, akan terjawab dengan sendirinya.