Monday, April 7, 2014

PAS Mesti Segera Pecat Saifullah Kerana Menakutkan Rosmah


Pakatan Rakyat termasuk PAS, memang menyokong kreativiti anak-anak muda, termasuklah dalam soal membuat gambar edit bagi menunjukkan seoalah-olah isteri Najib, Rosmah Mansor telah 'bersepai' dalam satu nahas udara yang kita tahu hari ini tidak wujud.

Tapi menyokong kreativiti dengan menyokong pembohongan adalah 2 perkara berbeza dan apa yang dilakukan pemuda bernama Syed Ahmad Saifullah Bin Hasim yang ditahan polis Sabtu lepas kerana mengedarkan gambar membabitkan Rosmah di akaun FBnya itu, adalah satu pembohongan, bukan kreativiti.

Kena faham perbezaannya tu.

Malangnya, menurut maklumat, ketika mula-mula ditahan, Saifullah ini telah mengaku menjadi ahli seumur hidup PAS - secara tidak langsung menyeret PAS sekali dalam masalah yang tidak sepatutnya dikaitkan dengan parti tersebut.

Betul atau tidak budak ini ahli seumur hidup PAS, kita tidak tahu, tapi PAS harus menyiasat dan membersihkan diri kalau dakwaan itu tidak benar.  Persepsi awam sekarang memang benarlah dia penyokong PAS kerana agenda memburuk-burukkan Rosmah ini memang antara strategi Pakatan Rakyat yang diketahui umum.

Cuma tidak sampailah ke tahap mengedit gambar yang semacam itu, ada banyak cara dan pendekatan lain yang boleh digunakan.

Justeru, Pakatan Rakyat menggesa PAS agar segera memecat Saifullah ini kerana perbuatannya mengedit gambar Rosmah dalam keadaan yang mengerikan itu supaya nama parti itu dapat dibersihkan daripada tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini.

Kalau pemecatan ini lambat dibuat, bimbang peluang itu akan diambil oleh UMNO untuk memburuk-burukkan PAS yang mana dalam masa yang sama, akan turut menjejaskan reputasi Pakatan Rakyat yang selama ini dipandang tinggi oleh penduduk negara ini.

Bercakap tentang itu, Rosmah sendiri pun sudah pandai mengambil kesempatan apabila mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan dia memaafkan perbuataan Saifullah.  Poster berkaitan telah banyak ditaburkan blogger UMNO sejak kelmarin.


Ini masalah sebab Rosmah bijak mempotretkan dirinya sebagai seorang wanita solehah dan pemaaf walaupun banyak diperkatakan orang tentang sikap sebenar Rosmah yang pembengis dan suka menjatuhkan maruah orang lain dengan kata-kata berbaur penghinaan.

Orang katalah, betul atau tidak, kita tidak tahu.