Beberapa negara yang terlibat dalam proses mencari pesawat MH370 yang masih hilang sejak sebulan lepas, telah mula mengumumkan anggaran perbelanjaan yang telah digunakan negara terbabit bagi membiayai usaha mencari yang setakat ini hanya menghasilkan habuk.
Amerika Syarikat umpamanya telah mengeluarkan belanja lebih RM 10 juta dan Vietnam sebanyak RM 24.35 juta. Negara-negara seperti China, Australia dan sebagainya (termasuk Malaysia) masih belum mengeluarkan anggaran perbelanjaan masing-masing.
Yang pasti, keseluruhan kos yang terlibat SETAKAT INI ialah sebanyak RM 160.8 juta dengan Malaysia dipercayai mengeluarkan belanja terbanyak - hampir 70% dari keseluruhan kos terbabit.
Suka nak dinyatakan disini, jumlah di atas BELUM MUKTAMAD kerana misi mencari masih berterusan dan bagi setiap hari operasi berjalan, berjuta-juta ringgit lagi wang mengalir keluar untuk membiayai operasi tersebut.
Dari manakah wang ini datang, Pakatan Rakyat akan menyiasat kerana setakat yang kita tahu, dalam belanjawan negara 2014 yang dibentangkan di Parlimen tahun lepas, Najib Tun Razak, tidak langsung menyentuh apa-apa tentang perkara ini di dalam pembentangannya.
Tapi apa pun sumbernya, yang nyata ia adalah dari wang rakyat kerana sudah pasti jumlah yang besar ini tidak datang dari poket Najib sendiri tapi dengan menggunakan dana awam.
Dalam erti kata lain, semakin lama operasi mencari ini berterusan, semakin nipislah kantung negara, hanya untuk mendapatkan hasil yang sia-sia.
Maka itu adalah lebih baik usaha mencari MH370 ini dihentikan. Logiknya, apakah yang masih tinggal dari pesawat yang menjunam ke Lautan Hindi pada ketinggian 30,000 kaki setelah minyaknya habis - merujuk kepada kenyataan Najib bahawa penerbangan itu 'berakhir' di Lautan Hindi?
Ini tak masuk lagi faktor dihanyutkan oleh air laut, silap-silap serpihan pesawat tersebut sudah bertaburan ke seluruh dunia!! Nak cari macam mana?
Lagipun Pakatan Rakyat difahamkan bahawa seluruh keluarga krew dan penumpang pesawat tersebut sudah boleh menerima hakikat bahawa mereka telah kehilangan orang tersayang di dalam tragedi yang sepatutnya boleh dielakkan itu.
Tidaklah menyusahkan apa-apa lagi dan apa yang perlu dilakukan sekarang ialah menyewa kapal persiaran yang besar untuk membawa ahli keluarga berkenaan ke lokasi terakhir pesawat itu dikesan dan bunga ditaburkan.
Selepas itu semua orang boleh meneruskan kehidupan seperti biasa, apa nak dibising-bisingkan lagi, orang dah mati!!