Monday, April 7, 2014

Pelacur di Penang Bebas HIV/AIDS


Sumber dari kerajaan negeri Penang mengesahkan bahawa laporan akhbar yang menyebut terdapat lebih 200 pusat pelacuran di negeri itu kelmarin, adalah benar.

Kebanyakkan dari 200 pusat pelacuran tersebut yang beroperasi di Jalan Penang dan Lebuh Chulia, meyediakan lebih 3,000 peluang pekerjaan kepada wanita tempatan mahupun warga asing yang berminat untuk menceburi bidang tersebut.

Tapi pengesahan ini tidak sepatutnya dipandang secara negatif kerana industri pelacuran adalah industri yang sebenarnya di'halal'kan di negara ini sejak sebelum merdeka lagi, bukan di Penang saja.  Malah ada sumber yang tidak disahkan menyebut, industri seks menyumbang sekitar 10% dari KDNK negara!!

Lumayan.

Kenyataan ini ada logiknya kerana kalau industri tersebut diharamkan, tempat-tempat seperti Lorong Haji Taib, Chow Kit dan sebagainya tidak akan wujud, tapi semua orang tahu 'kemudahan' itu sememangnya ada dan dibenarkan kerajaan BN, cuma tidak secara terbuka.

Justifikasinya mudah, selain dapat mengurangkan jenayah rogol dan perkosa, industri pelacuran ini juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan wanita yang hanya mempunyai kebolehan dalam memuaskan nafsu lelaki.

Ini hakikat.

Cuma semua orang perlu tahu ialah, industri pelacuran di Penang sangat berbeza dengan industri pelacuran di negeri-negeri lain terutana sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pada tahun 2008.  

Jika sebelum ini industri tersebut tidak langsung diberi perhatian oleh kerajaan BN terdahulu, tapi sejak Pakatan Rakyat mengambil alih, ia sudah berada pada tahap yang boleh dibanggakan.  

Yang paling penting sekali ialah jaminan keselamatan dari sudut kesihatan, kerana pekerja seks di Penang adalah terjamin bersih dari sebarang penyakit berjangkit merbahaya seperti HV/AIDS.

Menurut sumber, setiap bulan kerajaan negeri (melalui NGO-NGO tertentu) menyediakan kondom percuma untuk diagih-agihkan kepada pekerja seks di negeri tersebut bagi menjamin penyakit merbahaya tidak merebak seperti mana yang berlaku di Kelantan.

Selain itu, kerajaan negeri juga memberikan khidmat pemeriksaan percuma melalui klinik kesihatan dan hospital kerajaan secara berkala kepada semua pekerja seks ini dalam memastikan mereka bebas dari penyakit berjangkit yang disebutkan di atas.

Jika ada mana-mana di kalangan pekerja seks ini yang dijangkiti, kerajaan negeri akan memberikan rawatan percuma (juga di klinik kesihatan dan hospital awam) bagi mengelakkan penyakit tersebut berjangkit kepada orang lain, termasuk diberikan peluang untuk bekerja di sektor lain.

Dengan semua yang di atas, Pakatan Rakyat tidak melihat apa-apa keperluan untuk perkara ini dijadikan isu kerana jelas ia tidak menjejaskan apa-apa kepada keharmonian rakyat Penang.