Monday, April 7, 2014

Penjelasan 1 - Kenapa PR Kata Hukum Hudud Ini Sampah?

Kedegilan PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri tersebut, terutama setelah mendapat sokongan dari kerajaan BN, adalah satu malapetaka untuk Pakatan Rakyat.

Walaupun hanya dilaksanakan di Kelantan, tapi ia akan menjejaskan seluruh negara kerana ia memberi indikasi bahawa negeri-negeri lain juga boleh melaksanakan undang-undang yang berbeza dengan yang diguna pakai diperingkat persekutuan.

Justeru, bermula hari ini dan secara bersiri, Pakatan Rakyat akan membuat penjelasan kenapa undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan PAS ini adalah setaraf dengan 'sampah' dan tidak seharusnya dilaksanakan di negara ini.

  1. Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan melarang negeri dari melaksanakan apa-apa undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia.
  2. Perlaksanaan hudud ditentang keras oleh tokoh Islam sederhana paling berpengaruh di dunia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan hukuman tersebut bukan sebahagian dari agenda Pakatan Rakyat.
  3. Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tun Abdul Hamid Mohammad telah mengesahkan bahawa 90% undang-undang Malaysia yang ada sekarang adalah bercirikan Islami dan dengan itu hudud tidak diperlukan lagi.
  4. Bekas Hakim Mahkamah Agung, Tun Salleh Abas pernah membuat pengisytiharan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular dengan dengan itu undang-undang Islam seperti hudud, tidak dibenarkan.
  5. Kebimbangan masyarakat bukan Islam bahawa hukum hudud akan dilaksanakan ke atas mereka seperti di Arab Saudi dan Brunei, perlu menjadi keutamaan besar kerana tidak adil mereka yang bukan beragama Islam dihukum dibawah perundangan Islam.
  6. Hudud dikhuatiri akan menyekat perkembangan negara ini dari menjadi negara maju kerana dari hampir 10 negara di dunia yang telah melaksanakan hudud setakat ini, tidak satu pun darinya mempunyai status sebagai sebuah negara maju.
  7. Negara seperti Arab Saudi telah meminda hukuman hudud agar sesuai dengan peredaran zaman apabila menggantikan hukuman pancung dengan tembak sampai mati.
  8. Semua pertubuhan hak asasi manusia di dunia seperti HRW menolak perlaksanaan hudud kerana selain tidak sesuai dengan kehendak masyarakat yang lebih moden, tidak ada jaminan hukuman tersebut akan menyelesaikan masalah jenayah.
  9. Perlaksanaan hudud oleh PAS akan menyebabkan masyarakat bukan Islam, terutama Cina meninggalkan DAP kerana melihat parti itu bersekongkol dengan PAS apabila sama-sama berjuang dibawah Pakatan Rakyat.