Wednesday, April 2, 2014

Pemilihan PKR: Rodziah Ismail Bukan Tandingan Zuraida

Cita-cita tinggi tapi apakan daya tangan tak sampai - ungkapan itu sesuai ditujukan kepada Exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail yang mencabar YB Zuraida Kamarudin untuk kerusi Ketua Wanita PKR dalam pemilihan yang sedang berlangsung.

Sehingga nak buat perbandingan antara kedua-dua calon ini pun terasa janggal kerana kewibawaan Zuraida yang telah memimpin wanita PKR selama 2 penggal berturut-turut, kelihatan begitu sukar nak dicabar.

Memang kalau ikut janji, tahun ini Zuraida perlu mengundurkan diri kerana selain telah memimpin wanita selama 2 penggal, beliau perlu berkhidmat di peringkat yang jauh lebih tingggi seperti Naib Presiden dan ke atas.


Tapi kerana cabaran hebat menanti wanita PKR di hadapan, terutama setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana dakwaan palsu meliwat Saiful Bukhari secara paksa, maka keberadaan Zuraida amat diperlukan bagi memastikan kesinambungan perjuangan nanti bukan setakat berterusan, tapi lebih hebat.

Apatah lagi sokongan cina yang begitu hebat sekarang dijangka akan merosot dengan teruk sebaik Anwar dipenjarakan kerana tidak ada lagi tokoh yang mampu menghalang PAS dari melaksanakan hudud dan agenda negara Islam.

Mengikut kajian yang dijalankan setelah PRU13 berakhir juga menunjukkan bahawa sokongan wanita (terutama di bandar) terhadap PKR dan Pakatan Rakyat telah bertambah dengan begitu baik sekali sejak Zuraida menjadi ketua.

Seperti yang kita semua tahu, Zuraida bukanlah tokoh politik terkenal apabila beliau mengambil alih jawatan tersebut pada 2007, tapi sikap merendah diri dan tidak terlalu menonjol yang beliau ada telah menyebabkan kaum wanita lebih menerima PKR berbanding dulu.

Begitu juga kita jangan lupa, sekitar tahun 2011 dahulu, nama Zuraida antara yang disebut-sebut untuk menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang menghadapi konflik dalaman.

Walaupun tidak menjadi kenyataan, penyenaraian itu sendiri menunjukkan kewibawaan Zuraida yang dibincangkan di atas, berbanding dengan Rodziah yang masih ditakuk sama - menjadi proksi Khalid sejak dulu.