Friday, April 18, 2014

Peruntukkan RM 2 Juta Untuk Majlis Pengebumian Karpal


Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Penang telah memperuntukkan wang sebanyak RM 2 juta untuk majlis pengebumian mendiang Karpal Singh yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Tapah semalam.

Dana yang akan diuruskan oleh salah seorang Exco kerajaan negeri yang telah dikenalpasti, adalah satu bentuk 'sumbangan kecil' kerajaan negeri Pakatan Rakyat kepada Karpal hasil jasanya kepada negeri selama ini.

Walaupun tidak ada jawatan kerajaan, Karpal telah menjadi Ahli Parlimen Jelutong sejak 1978 hingga 1999, 2004-2008 sebelum berpindah ke Parlimen Bukit Gelugor dalam pilihanraya umum ke 13 Mei tahun lepas.

Duit ini adalah untuk perbelanjaan urusan pengebumian, sumbangan kepada ahli keluarga dan segala keperluan lain yang penting sepanjang tempoh berkabung dijalankan.  Sejumlah kecil wang akan  turut diberikan kepada PAS Negeri untuk mengadakan segala urusan berkaitan seperti kenduri dan sebagainya.

Walaupun jumlah itu nampak banyak tapi setelah ditolak semua perbelanjaan, mungkin tidak cukup kerana kos semasa yang tinggi.  Tapi jangan bimbang, jika itu berlaku, kerajaan Pakatan Rakyat negeri akan menambah peruntukkan dari jumlah sedia ada.

Pakatan Rakyat berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mempolitikkan wang RM 2 juta yang dperuntukkan untuk majlis pengebumian dan tempoh berkabung mendiang, seperti mana yang dilakukan Zulkifli Nordin.

Jasa Karpal bukan terhad kepada politik semata-mata, malah turut melibatkan sistem perundangan dan kehakiman di negara kita.  Kalau tidak silap aku, sekurang-kurangnya 3 undang-undang negara diubah di Mahkamah yang melibatkan mendiang.

Maka itu, berapa pun wang tidak cukup untuk menghargai jasanya, dan apa yang diperuntukkan sekarang, hanyalah untuk keperluan semasa sahaja.