Tuesday, April 29, 2014

PRK Bukit Gelugor: PR Sokong Gurmit Jadi Calon


Sudah menjadi budaya dalam Pakatan Rakyat sejak berzaman lamanya, kekosongan yang ditinggalkan pimpinan  (meninggal dunia atau dipenjara), akan diisi oleh ahli keluarga terdekat pemimpin berkenaan.

Contoh sudah banyak, terbaru di Kajang, bila Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun akibat dakwaan meliwat Saiful Bukhari secara paksa, isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah Ismail dipilih menjadi pengganti.

Dalam soal pilihanraya kecil Bukit Gelugor yang akan datang juga, Pakatan Rakyat sudah mengenal pasti isteri mendiang Karpal Singh, Gurmit Kaur sebagai antara calon yang paling layak untuk menggantikan suaminya di kerusi parlimen tersebut. 

Selain mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang dimahukan rakyat, pencalonan Gurmit juga memberi petanda bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan Karpal, meskipun selepas kita semua kehilangannya.

Walaupun ada desakan (malah dikatakan ada petisyen) yang mahu anak Karpal, Ramkarpal untuk menggantikan mendiang bapanya di kerusi tersebut, tapi Pakatan Rakyat 'tidak nampak' Karpal di dalam diri Ramkarpal.

Berbanding dengan abang-abangnya, Gobind Singh Deo (MP Puchong) dan Jagdeep Singh Deo (ADUN Batu Keramat), politik adalah sesuatu yang asing dalam diri Ramkarpal meskipun dia dibesarkan dalam keluarga yang fanatik dengan politik.

Selain itu, ada juga pertikaian kenapa Ramkarpal yang turut berada dalam MPV dalam kemalangan yang mengorbankan mendiang Karpal Singh pada 17 April lepas harus selamat?  Bukan kita meminta, tapi kalau diberi pilihan, Ramkarpal yang seharus 'pergi' dan bapanya terus hidup.

Dari satu sudut, persoalan itu memang ada logik kerana Ramkarpal bukan ada signifikasi dalam politik Malaysia, DAP dan Pakatan Rakyat pun, dia lebih banyak terlibat dalam bidang guaman.

Tapi kita bukan nak bercakap dari sudut emosi, sebaliknya ciri-ciri pemimpin yang rakyat Malaysia amnya serta pengundi Bukit Gelugor khasnya mahu lihat pada wakil rakyat baru kawasan tersebut.  Jika tidak sama, hampir dengan Karpal pun sudah memadai.

Disinilah kenapa Gurmit lebih layak.  Sebagai seorang yang memahami Karpal lebih dari orang lain, tidak ada persoalan lagi kenapa Gurmit tidak patut dicalonkan di Bukit Gelugor.  Pakatan Rakyat yakin, sokongan rakyat yang sedia kuat kepada Pakatan Rakyat disitu akan bertambah kalau Gurmit menjadi  calon menggantikan mendiang suaminya.

BN pun tidak boleh membantah atau menjadikan pencalonan Gurmit sebagai modal kempen.  Semua orang tahu BN turut mengamalkan pendekatan yang hampir sama, cuma tidak seaktif yang diamalkan Pakatan Rakyat.

Contohnya, dalam pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi Sabah pada 2010, BN mencalonkan Linda Tsen Tau Lin - isteri kepada mendiang Edmund Cheng Ket Wat, ahli parlimen kawasan itu yang terkorban dalam satu kemalangan jalan raya.

Jadi tidak ada isu kenapa Gurmit tidak dicalonkan dalam PRK Bukit Gelugor yang akan datang.