Jika semua tidak tahu, kali terakhir seorang Presiden Amerika Syarikat datang melawat Malaysia, ialah hampir 50 tahun lalu, iaitu pada tahun 1966.
Tujuan Lyndon B Johnson (LBJ) melawat Malaysia yang daif dari segala segi pada ketika itu, adalah bagi memastikan Malaysia tidak menyokong komunis ketika perang Vietnam sedang berlangsung di benua sebelah sini.
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kunjungan negara kuasa besar dunia ke antara negara terdaif dunia, sebuah kawasan felda di Negeri Sembilan yang turut menjadi lokasi lawatan presiden berkenaan, dinamakan sebagai Felda LBJ.
48 tahun tahun berlalu, seorang lagi Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama pula akan menjejakkan kaki ke negara ini buat pertama kali.
Sama seperti LBJ dahulu, kedatangan Obama ke Malaysia juga adalah dengan tujuan tertentu, dipercayai untuk memujuk negara ini menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang dipelopori negara tersebut dengan hampir 2/3 negara lain di dunia.
Pendek kata, seorang Presiden negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, tidak akan menjejakkan kaki ke bumi negara yang tidak berapa nak bertuah ini, kalau tidak kerana sebab-sebab tertentu dimana mereka ada kepentingan.
Menariknya kali ini, Obama tidak akan mengotorkan kaki untuk menjejak kawasan pendalaman seperti mana LBJ dulu, sebaliknya beliau akan berkunjung ke Universiti tertua di Malaysia, Universiti Malaya.
Sememangnya menurut rekod, Obama akan mengunjungi universiti tertua di negara mana yang dikunjunginya.
Persoalannya sekarang, mungkinkah bagi 'menghargai' kedatangan Obama ke Malaysia kali ini, Universiti Malaya akan ditukar namanya kepada Universiti Barrack Obama seperti mana sebuah kawasan Felda di Negeri Sembilan ditukar nama kepada Felda LBJ dulu?
Pakatan Rakyat telah mendengar banyak ura-ura perkara itu akan berlaku, malah perbincangan mengenainya pun telah beberapa kali dibuat, cuma keputusan sahaja yang belum kita tahu.
Jika perkara ini benar, persoalannya sekarang apakah ini satu cubaan untuk memadamkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dari sejarah negara selepas dipenjarakan nanti kerana Anwar adalah bekas pelajar di Universiti tersebut.
Apa pula komen balas bekas pelajar lain bila Universiti berkenaan diubah namanya kepada Obama? Sama-sama kita tunggu perkembangannya esok.
Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat menggesa semua pelajar yang berpeluang berinteraksi dengan Presiden tersebut, perlulah menggunakan peluang tersebut untuk memalukan negara ini dan pentadbiran Najib Razak.
Hanya dengan cara itu saja, mesej sebenar masalah di negara ini dapat disampaikan kepada pemimpin negara kuasa besar dunia tersebut setelah Obama diberi tekanan untuk tidak berjumpa dengan pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.