Tuesday, May 20, 2014

Berdosakah Dyana Tolak Hudud PAS?


Pakatan Rakyat tidak menyangka keterbukaan calon DAP dalam pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Daud bahawa dia akan menolak hudud sekiranya pengundian berkaitan perkara itu diadakan di Parlimen, telah menimbulkan reaksi yang pelbagai.

Termasuk dari dalam Pakatan Rakyat sendiri terutama dari kalangan ulama dari PAS.  Tidak menghairanlah kenapa sehingga sekarang, tidak ada seorang pun dari kalangan ulama PAS yang secara terbuka tampil menyokong pencalonan Dyana.

Adakah menjadi satu dosa sekiranya Dyana menolak hudud?  Ini persoalannya kerana dalam soal dia bertanding sebagai calon DAP bagi pilihanraya kecil di Teluk Intan ini, Dyana tidak membawa agamanya bersama-sama.


Malah tidak keterlaluan dikatakan, dalam kapasitinya sekarang, Dyana adalah seorang yang tidak beragama, dia boleh menjadi Islam, Buddha, Kristian malah hindu sekalipun kerana DAP bukan parti yang menjadikan agama sebagai dasar perjuangan.

Walaupun ada akhbar yang memetik kenyataan ibu Dyana yang mengarahkannya bersembahyang terlebih dahulu sebelum mula berkempen, tapi itu tidak bermakna apa-apa kerana Dyana masih kekal tidak bertudung sehingga sekarang!!

Mana ada orang yang tidak menutup rambut tapi bersembahyang, yang bertudung pun belum tentu sembahyang juga!!

Yang penting itu adalah kenyataan ibunya, sedangkan Dyana sendiri tidak pernah mengakui bahawa dia bersembahyang dahulu sebelum kempen dan nasihat seperti itu adalah nasihat biasa bagi seorang ibu kepada anaknya di kalangan orang Islam, tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

Pakatan Rakyat berharap Dyana tidak melakukan seperti arahan ibunya kerana itu boleh mencemarkan kempen DAP dan Pakatan Rakyat di Teluk Intan.

Kita sudah cukup dengan masalah agama yang dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin PAS dalam Pakatan Rakyat, perkara terakhir yang kita perlukan ialah masalah itu ditambah oleh ahli Parlimen Islam dari DAP pula.

Dyana boleh mengikut contoh ahli Parlimen DAP beragama Islam seperti Datuk Ariff Sabri dan Zairil Khir Johari yang dikatakan hanya mempunyai nama sebagai Islam tapi tidak mengamalkan apa yang disuruh oleh agama tersebut bagi menyesuaikan diri mereka dengan DAP.