Tuesday, May 20, 2014

Lawatan Najib Ke UAE 'Disambut' Muncung Meriam


Agak menimbulkan sedikit persoalan melihat gambar kunjungan Najib Tun Razak ke UAE disambut dengan muncung meriam kereta kebal.

Tak seperti lawatan ketua-ketua negara yang lainnya, Najib tidak mendapat penghormatan dari askar istiadat seperti mana biasa, sebaliknya diarah atas padang yang dipenuhi askar lengkap pakaian nak berperang dihadapan kereta kebal masing-masing!!

Pakatan Rakyat tidak pastilah sama ada ini satu cubaan untuk menjatuhkan imej Najib atau memang itu cara mereka menyambut tetamu - dengan muncung meriam.

Bagaimanapun kita percaya, Najib diberikan 'penghormatan' yang sebegitu kerana peranannya dalam banyak konflik yang berlaku di sebelah sini.  Campur tangan Najib dalam urusan perdamaian antara puak pemisah dengan kerajaan Filipina dan kerajaan Thailand telah memberikan Najib satu imej yang agak 'hostile'.

Dalam masa yang sama, keadaan ini agak memalukan negara kerana belum pernah berlaku seorang Perdana Menteri dari negara kita diberi sambutan seperti itu.  Datuk Seri Anwar yang pernah beberapa kali berkunjung ke negara tersebut juga tidak pernah digambarkan memeriksa kawal kehormatan dengan muncung meriam tertonjol di belakang.

Ini adalah satu sejarah dan perlu perubahan.  Kalau tidak selamanyalah negara kita dilihat menyokong perjuangan pengganas,  melihat sokongan campur tangan Najib di kedua-dua buah negara tersebut.