Wednesday, May 28, 2014

DNA Babi Dalam Coklat, Umat Islam Mengada-Ngada


Nampaknya reaksi berlebih-lebihan terus ditunjukkan umat Islam di negara ini lanjutan dari penemuan DNA babi dalam coklat jenama Cadbrury, walaupun parti Islam PAS telah mengesahkan sesiapa yang telah memakan DNA babi tersebut, tidak berdosa.

Petang semalam, beberapa NGO Melayu mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pengeluar coklat tersebut kerana bersalah meletakan babi di dalam coklat yang ada jenama halal.

Apa bendalah mereka ini semua, DNA babi pun nak dijadikan isu?  Macam tidak ada benda lain yang boleh diperjuangkan.

Kita semua hairan kenapa ini yang selalu berlaku bila umat Islam tersentuh sedikit dengan babi walaupun dalam bentuk DNA?  Apa yang mudarat kalau makan DNA babi, ini yang kita tidak faham?

Bagi Pakatan Rakyat, penggunaan DNA babi dalam produk makanan sepatutnya dihalalkan kerana ia murah dan lebih mudah didapati berbanding DNA dari binatang halal untuk umat Islam seperti lembu atau kambing.


Ini tidak menghairankan kerana ada berbillion orang yang memakan daging babi serta makanan tidak halal yang lain di dunia hari ini.

Tahukah semua NGO Melayu ini, sebagai sebuah syarikat yang bergantung kepada jualan untuk mendapatkan keuntungan, Cadbury tidak perlukan publisiti yang sedemikian untuk terus beroperasi di negara ini.

Jika ragu-ragu dengan produk jenama tersebut, cari sajalah produk coklat jenama lain yang berlambak dalam pasaran, yang nak saman beratus juta ini apa masalah pulak?

Mengada-ngada betul.