Wednesday, May 28, 2014

Terbukti Orang Teluk Intan Kaki Maksiat, Ahli Neraka


UMNO kelmarin mengadakan konsert yang dihadiri antaranya artis Jamal Abdillah di Teluk Intan.  Jamal Abdillah ini bukan saja high class artis (sebab ada gelaran Datuk di depan), tapi dalam 'hal-hal lain', dia 'high' sama.

Tak faham kenapa artis yang popular dengan gelaran 'artis junky' ini digunakan sebagai tarikan untuk pengundi Teluk Intan hadir ke program yang diatur UMNO, macam sudah tidak ada artis lain yang 'lebih baik rekodnya' nak diketengahkan.

Bagaimanapun, jangan keliru, mengadakan konsert tidak salah, yang salahnya bila boleh tahan ramai jugaklah pengundi Teluk Intan (majoriti besar Melayu) yang hadir beramai-ramai menyaksikan konsert tersebut.

Menurut maklumat, bukan saja budak-budak muda, yang tua bangka menanti masa nak mati pun datang menonton juga.  Kalau duduk diam tengok orang menyanyi tak apalah juga, ada juga yang digambar sedang beronggeng macam orang mabuk!!

Apa sebenarnya yang sedang berlaku ni?

Buat malu saja, takkan tak tahu yang Teluk Intan sedang jadi perhatian seluruh rakyat Malaysia sebab ada pilihanraya kecil diadakan disitu?  Dah tentulah segala-galanya jadi perhatian, apatah lagi perkara memalukan macam ini.


Yang penting, penganjuran konsert malam tadi membuktikan bahawa orang-orang di Teluk Intan rupa-rupanya kaki maksiat dan kalau dia beragama Islam, maka tempatnya dalam neraka sudah pasti.

Hanya satu cara sahaja untuk memperbaiki imej yang tidak baik ini, iaitu dengan mengekalkan parlimen Teluk Intan sebagai kerusi DAP, tidak ada cara lain - sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat ada PAS yang memegang kunci ke syurga!!  

Jika BN berjaya merampas kerusi ini, Teluk Intan akan terus bergelumang dengan maksiat seperti sekarang dan selamanyalah Teluk Intan tidak akan selamat.