Friday, May 23, 2014

Dyana Tidak Jatuh Kafir Walaupun Tolak Hudud


Ada pertanyaan dari pengundi PAS di Teluk Intan sama ada calon DAP, Dyana Sofya Daud, jatuh kafir bila secara terang-terangan menolak hudud.

Untuk selesaikan persoalan ini, Pakatan Rakyat menawarkan 2 set jawapan yang boleh digunakan mengikut keadaan.  Pertama, Dyana tidak kisah jadi kafir atau tidak kerana bertanding di Teluk Intan ini adalah atas kapasiti parti, agama tolak tepi.

Kedua, kalau itu terlalu penting untuk penyokong PAS, maka jawapannya, TIDAK, Dyana tidak jatuh kafir bila menolak hudud kerana ulama PAS sependapat bahawa kafir bila menolak hudud ini hanya terpakai kepada batang tubuh pemimpin-pemimpin UMNO sahaja.

Pemimpin Pakatan Rakyat terkecuali.

Maaf cakap, kenyataan ini juga bermaksud, ibu Dyana, Yammmy Samat (seorang ahli UMNO) juga kafir kerana dipetik media sependirian dengan anaknya dalam soal menolak perlaksanaan hukum hudud.  Kalau dia mahu terlepas, keluar UMNO dan sokong Pakatan Rakyat.

Inilah untungnya berada di dalam Pakatan Rakyat. terutama buat orang Islam, kerana setiap kali anda semua berdosa, setiap kali anda semua murtad, setiap kali anda jadi kafir, semua ini boleh dimaafkan kerana PAS ada bersama-sama dengan kita.


Lihat saja dalam proses PRK Bukit Gelugor, PAS tidak membantu langsung kempen seorang calon Bebas yang juga ahli parti tersebut, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar walaupun dia memperjuangkan hudud.


Menunjukkan disitu, relevannya hudud ini hanya bila dikaitkan dengan UMNO, relevannya Islam ini juga hanya bila dikaitkan dengan UMNO.  Selain dari itu, kita semua serupa, kita boleh jadi siapa juga yang kita mahu atau orang lain mahu lihat.

Nak jadi Buddha, Hindu, Kristian, tidak ada masalah, malah mereka sudah ada perkataan yang sesuaipun - pluralisme.  Jadi apa isu kafir atau tidak lagi?

Sebetulnya lebih mudah kalau dalam soal ini, pemakaian agama itu dibuka kerana tidak sesuai dan tidak relevan.  Ini soal politik, sedangkan agama hanya terhad untuk nikah kahwin, cerai dan kematian sahaja.