Friday, May 23, 2014

Selepas Kedai Babi & Tokong, Dyana Perlu Sembahyang Di Masjid


Walaupun tidak bersesuaian, tapi ramai berpandangan calon DAP untuk PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Daud perlu melengkapkan siri kempennya yang sedang berjalan dengan lancara sekarang, dengan bersembahyang di surau atau masjid dalam Teluk Intan pula.

Permintaan ini kita buat kerana Dyana sudah meronda hampir semua rumah ibadat di Teluk Intan seperti kuil, tokong dan gereja.  Dyana juga sudah melawat kedai babi di pasar Teluk Intan, maka seharusnyalah Dyana masuk ke masjid pula untuk bersembahyang.

Imej-imej itu nanti penting untuk menarik sokongan pengundi Melayu agar mengundi Dyana dalam pengundian 31 Mei nanti.


Masuk ke kedai yang menjual daging babi adalah satu tindakan berani yang dilakukan oleh Dyana.  Jarang atau tidak pernah ada orang Islam yang mahu masuk ke tempat seperti itu, tapi seperti yang dijelaskan banyak kali, dalam soal pilihanraya ini, agama boleh disampingkan sekejap.

Kalau tidak, aku yakin Dyana tidak akan jejak kaki ke tempat seperti itu, tapi kerana faktor pengundi cina adalah faktor penentu, maka mahu tidak mahu ia perlu dilakukan dan bagaiman ia boleh dilakukan, hanya dengan membuang agama, tidak ada cara lain.

Tapi dalam masa yang sama, kemampuan Dyana masuk ke semua rumah ibadat bukan Islam, kemudian menjejakkan pula kaki ke kedai babi dan selepas ini bersembahyang di Masjid, menunjukkan bahawa Dyana adalah seorang bakal Ahli Parlimen yang fleksibel.

Pakatan Rakyat tidak nampak bagaimana calon BN, Datuk Mah Siew Keong boleh melakukan perkara yang sama kerana Mah mungkin ada kelebihan di kedai babi dan tokong, tapi dia tidak mampu bersembahyang di surau atau masjid, macam Dyana.

Jadi untuk mengukuhkan lagi majoriti undi yang bakal diperolehi dalam PRK Teluk Intan nanti, Dyana harus melawat masjid pula kerana ia bagus untuk menarik perhatian pengundi Melayu yang kini nampaknya tidak begitu mahu menyokong DAP walaupun setelah Dyana dicalonkan.