Wednesday, May 28, 2014
GangBang 2 vs 38: Bagaimana Laporan Boleh Tersebar?
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan bagaimana laporan polis secara terperinci mengenai kes rogol pelajar bawah umur tersebar.
Beliau yang menulis menerusi facebooknya menyatakan pihak polis dan lain-lain hendaklah melindungi identiti mangsa kerana masih di bawah umur.
Kes pelajar perempuan berusia 14 tahun lapan bulan yang mendakwa dirogol 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh mendapat perhatian media dan laman sosial sejak semalam.
Menulis sebelum itu, beliau yang berada di luar negara terkejut dengan laporan berita sebuah stesen tv swasta jam 8.00 malam mengenai kejadian itu.