Friday, May 23, 2014

Gara-gara video ini harapan Gerakan makin pudar

 Gara-gara klip Video ni harapan Parti Gerakan untuk menang semakin kabur.........
 
Pebuatan melampau pemuda ini pasti akan membangkitkan semangat rakyat yang cintakan keamanan terus membenci Barisan Nasional yang diterajui oleh Umno.

Hari ini kaum Melayu sudah berpecah dalam mengasai politik, sedangkan kaum Cina sudah bersatu menolak Barisan Nasional yang dikuasai oleh Umno. Pilihan raya kecil P76 Teluk Intan ni sangat unik. Untuk kemenangan DAP cuma memerlukan lebih kurang 15% sahaja dari sokongan kaum Melayu.

Perkara ni tidak mustahil kerana penyokong-penyokong dari PAS telah memberikan sokongan padu terhadap DAP. Umno jangan berbangga dengan sebutan "ini kawasan Melayu" - tahukah anda bahawa Melayu di kawasan Melayu tu sudah berpecah, ada yang sokong Umno dan tidak kurang pula ramai yang sokong PAS dan PKR.

Barisan Nasional pasti akan hancur di PRK P76 Teluk Intan ini kerana tindakan biadab dan kasar oleh segelintir penyokong Umno yang kurang akal fikiran ini.