Kekalutan politik (kini sandiwara politik) di Terengganu telah menjadikan kempen pilihanraya kecil Bukit Gelugor yang diadakan berikutan kematian mendiang Karpal Singh dalam satu kemalangan jalan raya bulan lepas, kurang menarik perhatian rakyat.
Apatah lagi bila BN membuat keputusan untuk tidak mencalonkan sesiapa untuk mewakili mereka dalam perebutan kerusi disitu, sebaliknya meletakkan calon tempelan, Datuk Huan Cheng Guan dari Parti Cinta Malaysia (PCM) selain 2 calon Bebas yang tidak dikenali.
Datuk Huan atau Mejar Huan ini adalah bekas Naib Presiden Gerakan dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Kawan untuk tempoh 2004-2008 dan ditakrifkan ramai pemerhati sebagai ahli politik bermusim.
Hakikatnya, Bukit Gelugor sejak dari merdeka adalah 'Bukit DAP'. Mengikut kajian ringkas, BN tidak pernah menang walaupun sekali disitu. Dalam keadaan terbaik, apatah lagi dalam keadaan terburuknya, BN tidak berupaya menewaskan DAP di kawasan tersebut, walaupun DAP meletakkan batang pisang sebagai calon.
Ini hakikat yang semua orang perlu akui, dan atas alasan sama kenapa MCA dibawah kepimpinan Presiden mereka yang baru, Datuk Seri Dr. Liow Tong Lai enggan mengambil risiko dengan meletakkan calon kerana bimbang akan kalah dengan majoriti lebih besar.
Sudahlah pada PRU13 yang lepas, mendiang Karpal mendapat majoriti lebih 41,000 undi mengalahkan calon BN - kedua tertinggi di Malaysia selepas Seputeh, kali ini, majoriti itu dijangka meningkat kepada 55,000 undi - paling tinggi dalam sejarah.
Justeru, kehadiran Mejar Huan yang dilihat pencabar terdekat calon DAP Ramkarpal setakat ini, tidak lebih dari satu formaliti semata-mata.
Menurut seorang pengundi Bukit Gelugor yang enggan di kenali, Mejar Huan hanya layak jaga kandang kambing berbanding mewakili rakyat Bukit Gelugor sebagai ahli Parlimen mereka.
Kenapa kandang kambing, aku pun tak pasti mungkin dia ada dapat kontrak bekal daging kambing dari kerajaan BN.
Mungkinlah...