Wednesday, May 21, 2014

Orang Melayu Mesti Sokong Calon Beriman Seperti Dyana


Calon DAP bagi pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Daud nampaknya masih tidak jumpa jalan keluar bagaimana untuk mendekati pengundi Melayu, melainkan mengikut rentak mereka dengan berpakaian seperti orang Melayu bila berkempen di kawasan majoriti kaum tersebut.

Apa salahnya dikenakan pakaian yang lebih kasual seperti biasa, tak perlulah terdedah sangat tapi kenapa mesti memakai baju kurung dan sesekali dilihat bertudung (walaupun rambut masih nampak), itukan hipokrit?

DAP mencalonkan Dyana dulu kerana mahu mempromosikan kepada masyarakat Melayu bahawa DAP juga boleh mengambil peranan UMNO untuk menjaga hak dan kepentingan orang Melayu, termasuk membawa keterbukaan dalam tradisi Melayu yang biasanya 'bertutup'.


Kalau Dyana masih perlu berpakaian seperti itu, lebih baik masuk PKR atau PAS!!

Atau mungkin Dyana sedang memperalatkan agama untuk memujuk orang Melayu mengundi DAP dalam pilihanraya yang akan diadakan nanti, kalau itulah sebabnya, tak mengapalah.  Peralat agama tak mengapa, jangan peralat kaum.

Maklumlah, Dyana orang Islam dan orang Islam dianggap orang beriman, berbanding calon BN, Datuk Mah Siew Keong yang tidak beragama Islam.  Katanya berdosa kalau tidak memilih orang beriman bila diletak sebelah menyebelah dengan orang beriman.

Lagipun aku difahamkan, orang Melayu mudah terleka kalau pendekatan yang ada berbaur agama digunakan.  Contohnya, cukup dengan hanya berkata 'baru lepas sembahyang', orang yang bercakap akan dipandang alim oleh masyarakat  

Betul-betul sembahyang atau tidak, belum tahu - begitu mudah sekali.

Pakatan Rakyat rasanya tidak perlu bimbang dengan pendekatan berbeza-beza yang digunakan Dyana setiap kali berkempen di kawasan majoriti kaum yang berbeza juga.  Cara masing-masinglah nak mendekati pengundi.

Cuma jangan terlalu banyak dan terlalu kerap kerana pengundi cina diketahui sangat sensitif dengan perkara-perkara seperti itu.  Pengundi cina mahu menghantar wakil DAP untuk menentang perlaksanaan hudud nanti, bukan wakil Islam kerana wakil Islam pasti sokong hudud.