Wednesday, May 21, 2014

Ramkarpal, Apa Salah Menjadi Gay?


Calon DAP bagi kerusi Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh semalam dipetik beberapa media, menafikan dakwaan calon parti lawan bahawa dia adalah seorang gay kerana masih tidak berkahwin walaupun sudah berumur 38 tahun.

Penafian itu bukan isunya, tapi cara Ramkarpal menafikan perkara tersebut yang menimbulkan persoalan seolah-olah dia adalah seorang homofobia - sikap yang tidak boleh diterima dalam Pakatan Rakyat yang memperjuangkan hak asasi manusia termasuk mengamalkan seks sejenis.

Lagipun kan, apa yang nak dimalukan dengan menjadi gay?  Hampir seluruh dunia mengiktiraf golongan gay dan hanya negara-negara mundur serta kebelakang saja yang menolak orentasi seksual tersebut.


Malaysia tidak terkecuali - mundur kerana menolak asas kehidupan yang diiktiraf masyarakat dunia.

Ramkarpal sepatutnya berhati-hati bila bercakap, jangan terlalu emosi hanya kerana dakwaan itu dilemparkan oleh calon dari Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan.  Huan, walaupun sudah berkahwin, belum tentu dia tidak terlibat dengan hubungan sejenis, pernah dengar istilah biseksual?

Pakatan Rakyat percaya Bukit Gelugor mempunyai sejumlah pengundi dari golongan gay yang mudah sensitif dengan kenyataan-kenyataan seperti itu, seolah-olah mendiskriminasi golongan tersebut.


Keluar pula dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat yang selama ini banyak membela nasib golongan tersebut.

Seperti yang pernah disebutkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat tidak menolak perlakuan seks sejenis - asal saja tidak dilakukan di tempat terbuka.  

Anwar sendiri pernah dikaitkan dengan homoseksual, tapi beliau menang kalau bertanding dimana pun dan hampir menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh - walaupun setelah dikaitkan pernah mengadakan hubungan seksual dengan beberapa lelaki.

Kalau Anwar sendiri tidak kisah, yang Ramkarpal pula kenapa nak emosi sangat?