Tuesday, May 27, 2014

Perkasa: Dyana Perlu Putuskan Hubungan Dengan Ibunya

Penyebaran beberapa keping gambar yang menunjukkan calon DAP bagi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Daud sedang berada dalam aktiviti yang dianjurkan pertubuhan rasis Melayu, Perkasa, sedikit sebanyak mencemarkan kempen Pakatan Rakyat di kawasan tersebut, terutama di kalangan pengundi cina.

Seperti yang semua orang tahu, pengundi cina sangat sensitif dengan 2 perkataan ini, hudud dan Perkasa, malangnya Dyana dikaitkan dengan kedua-dua perkataan tersebut - Hudud kerana statusnya sebagai orang Islam, Perkasa kerana ibunya antara pengasas pertubuhan tersebut bersama bapak segala rasis, Ibrahim Ali.

Ibu Dyana juga adalah seorang ahli UMNO yang tidak aktif setelah tewas dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO Ipoh Barat tahun lepas.

DAP dan Pakatan Rakyat sebelum ini telah berjaya menjernihkan tanggapan yang mengatakan Dyana adalah Trojan Horse yang dihantar UMNO untuk merosakkan DAP dan Pakatan Rakyat dari dalam kerana dia adalah bekas penuntut Universiti paling rendah kualitinya (kerana penuntut semua Melayu) - UiTM.

Sebelum itu, status Dyana sebagai peguam (tapi rupa-rupanya tidak) juga telah berjaya dijelaskan dengan baik oleh DAP, termasuk dengan kerjasama Majlis Peguam.

Tapi kini, dengan isu terbaru ini, Pakatan Rakyat tidak pasti bagaimana nak menjelaskan kepada pengundi cina bahawa Dyana mahupun ibunya tidak lagi menyokong Perkasa bila gambar-gambar itu sedang bertebaran di rumah-rumah pengundi cina.

Di media sosial jangan cakaplah, bukan setakat gambar Dyana di majlis Perkasa, ada juga gambar Dyana bersama-sama Ibrahim Ali!!


Jadi, tinggal satu jalan sahaja untuk menyelesaikan semua kekusutan ini iaitu dengan Dyana memutuskan buat sementara hubungan dengan ibunya - sekurang-kurangnya sehingga kempen pilihanraya kecil sekarang berakhir.

Ibu Dyana perlulah dihentikan dari mengikut anaknya itu kemana sahaja untuk berkempen, terutama di kawasan padat pengundi cina.

Walaupun mungkin benar ibu Dyana tidak lagi menjadi penyokong Perkasa, tapi pepatah lama ada menyebutkan, anjing kalau tidak dapat makan tahi, dihidunya pun boleh juga.