Tuesday, May 27, 2014

Cadbury: Apa Salahnya Makan DNA Babi?


Pakatan Rakyat hari ini mempersoalkan kewajaran BN menarik balik produk coklat Cadbury dari pasaran kerana kononnya dikesan mengandungi DNA yang berasal dari daging babi, porcine.

Tindakan itu telah menyebabkan kerugian kepada semua pihak, dari pengeluar, pekedai hinggalah kepada pengguna sebab bukan semua yang memakan coklat tersebut orang Islam.  Sepatutnya produk tersebut diletakkan di bahagian tidak halal sajalah, kenapa mesti nak tarik balik?

Nampak sangat kebudak-budakkan dalam membuat keputusan, tidak cerdik dan tidak cermat.


Pakatan Rakyat dengan ini menggesa BN untuk mengembalikan semula produk Carbury yang telah ditarik balik atau menghadapi tindakan undang-undang yang tinggi nilainya.  Pasukan peguam Pakatan Rakyat akan berbincang dengan syarikat pengeluar akan pelbagai aspek sebelum menentukan tindakan selanjutnya.

Lagipun Pakatan Rakyat difahamkan, dalam soal ini yang salah adalah pihak yang mengeluarkan logo halal iaitu JAKIM.  Memang diakui sedia wujud peraturan yang melarang produk tidak halal dari digunakan dalam hasil pengeluaran syarikat tersebut, tapi perkara ini tidak akan berlaku kalau JAKIM melakukan pemantauan dengan kerap.

Syarikat tidak boleh dipersalahkan kerana mereka berusaha sehabis baik untuk memastikan semua peraturan yang ditetapkan JAKIM dan Kementerian Kesihatan dipatuhi, tapi kalau dah nak terlepas juga, nak buat macam mana.

Menurut sumber dalaman Cadbury yang enggan dikenalpasti, syarikat itu akan mengambil tindakan undang-undang ke atas JAKIM dan Kementerian Kesihatan kerana gagal melakukan pemantauan dengan berkesan sehingga produk berkenaan boleh terlepas ke pasaran.

Hal ini sebenarnya kecil, DNA babi saja pun, bukannya daging babi.  Menurut orang-orang alim dalam PAS, umat Islam dihalang makan dan menyentuh babi, tapi DNA ini sepatutnya ada pengecualian kerana tidak boleh dikesan dengan penglihatan kasar.

Perlu ada ujian makmal dan sebagainya sebelum kehadiran DNA tersebut boleh dikesan.

Kalau dengan menggunakan DNA babi ini boleh menjejaskan kesihatan, wajarlah untuk ditarik balik, kalau setakat menjejaskan umat Islam dari segi halal haram, tindakan menarik balik itu agak keterlaluan dan melampau.

Sepatutnya dalam perkara ini, tidak perlu lah sampai nak saman menyaman, tapi kerana tindakan yang tidak sesuai diambil oleh agensi yang berkenaan telah menyebabkan kerugian kepada syarikat pengeluar, maka tindakan saman ini adalah wajar.