Monday, May 26, 2014

UMNO Dalang Huru Hara Dalam PKR


Hasil siasatan yang dijalankan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bantahan Pemilihan PKR 2014, Abdul Malek Hussin mendapati, majoriti huru hara yang tercetus dalam pemilihan PKR 2014 sehingga menyebabkan 32 Cabang terpaksa mengadakan pemilihan semula, adalah dilakukan oleh ejen-ejen UMNO.

Termasuk yang berlaku di Sarawak walaupun UMNO tidak ada di negeri tersebut.

Ini berikutan dakwaan beberapa orang saksi yang mengesahkan bahawa mereka tidak mengenali ramai dikalangan yang mencetuskan kekecohan tersebut dan berasa yakin mereka adalah ahli PKR kerana baju yang dipakai sahaja.

Sedangkan asal usul mereka dari Ranting mana, tidak dapat dipastikan.

Logiknya, ahli PKR adalah majoriti terdiri dari orang-orang bijak pandai yang tidak mungkin terlibat dalam hal-hal seperti ini.

Kalau mereka Melayu, mereka adalah Melayu yang ada class, kalau India, mereka adalah India yang tinggi kastanya dan kalau cina, mereka adalah peniaga serta usahawan berjaya, jadi perangai macam orang tidak bertamadun ini sudah pasti tidak akan berlaku.

Melainkan berlakunya campur tangan luar atau secara berterus terang, campur tangan UMNO.

Berdasarkan itu sahaja, maka kesimpulan dibuat bahawa mereka ini adalah ejen-ejen UMNO yang sengaja dihantar untuk menimbulkan kekecohan dalam pemilihan PKR di semua cabang yang diarahkan untuk pengundian semula.

Atas sebab yang sama, PKR akan membuat laporan polis bagi menyiasat perkara ini.  Semua bukti dalam bentuk gambar, video dan sebagainya telah dikumpulkan dan akan diserahkan kepada polis bila diminta kelak.

UMNO juga diminta menghentikan semua bentuk campur tangan dalam pemilihan PKR yang sedang berjalan dan menumpukan kepada masalah parti itu yang lebih banyak.