Monday, May 26, 2014

Piala Thomas: Khairy & Duit Punca Malaysia Tewas?


Kehadiran Menteri UMNO, Khairy Jamaludin di New Delhi - bukan setakat menyaksikan perlawanan akhir Piala Thomas antara Malaysia menentang Jepun, malah berjumpa dengan pemain dan pegawai sebelum perlawanan bermula, dikatakan menjadi punca kekalahan Malaysia di tangan pemain-pemain tidak ternama Jepun.

Fokus dan tumpuan pemain Malaysia dikatakan terganggu dengan entah apa kenyataan yang diberikan Khairy dalam pertemuan terakhir sebelum perlawanan bermula.

Rakyat Malaysia tidak faham apa keperluan Khairy berada disana pada saat pemain kita tidak sepatutnya diganggu oleh ahli politik.  Adakah kita melihat Menteri Jepun berada di New Delhi untuk berjumpa pemain mereka?  Sudah tentu tidak.

Lagipun badminton bukan permainan yang menjadi kesukaan rakyat Jepun untuk Menteri mereka datang.

Tidak hairanlah kenapa sejak sekian lama menyertai pertandingan ini, baru semalam Jepun berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan itu pun masih menang - terima kasih kepada kebodohan pemain-pemain Malaysia, terutama perseorangan kedua dan perseorangan terakhir.

Atau mungkin Khairy fikir pemain Jepun dalam perlawanan akhir semalam sama macam pemuda UMNO yang dia pimpin, boleh dijual beli dengan mudah?

Mungkin dia terlupa bahawa Jepun adalah negara tertinggi dalam senarai negara di dunia yang penuh intergriti dan bebas rasuah.  Justeru berapa banyak wang yang mungkin disogokkan pun tidak mungkin dapat membeli pemain mereka.

Kalau betullah sogokan itu ada.

Disamping itu ada juga dakwaan mengatakan bahawa keputusan semalam memang sudah diatur oleh bookie.  Pakatan Rakyat mendesak setiap pemain dan pegawai pasukan Malaysia disiasat untuk memastikan kebenaran dakwaan tersebut.

Pada pemerhatian Pakatan Rakyat, dakwaan ini ada kebenarannya kerana percaturan semalam memang nampak sangat nak bagi kita kalah.  Perseorangan ketiga umpamanya, dia tidak sepatutnya diturunkan kerana terbukti kalah dalam semua perlawanan sebelum itu, termasuk menentang pasukan lemah seperti India.