Thursday, May 22, 2014

PM Tak Akan Lantik Mah Siew Keong Jadi Menteri


Dakwaan kononnya calon BN untuk PRK Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong akan dilantik Perdana Menteri, Najib Tun Razak menjadi Menteri sekiranya dia menang, adalah satu dakwaan yang sangat tidak berasas.

Ini kerana Perak sekarang telah pun mempunyai 3 orang menteri iaitu Zahid Hamidi, Husni Hanadzlah dan Nazri Aziz, takkan Mah nak dilantik menjadi Menteri ke-4 walaupun atas nama untuk mengisi kuota cina.

Buat apa ramai-ramai menteri dari negeri yang sama, macamlah BN menang banyak sangat kerusi Parlimen di Perak?  Banyak kerusi parlimen DAP lagi.

Oleh yang demikian, 30 NGO cina yang telah mengumumkan untuk memberi undi kepada BN dalam PRK 31hb Mei nanti kerana percaya Mah akan jadi Menteri, perlu kaji semula keputusan tersebut kerana ia hanyalah propaganda UMNO untuk menipu rakyat.

Selain itu, sejarah juga membuktikan bahawa kuota menteri mewakili kaum cina, biasanya diisi oleh seorang wakil dari MCA.  Apatah lagi MCA ada 7 kerusi parlimen berbanding Gerakan satu (kalau Mah menang jadi 2).

Maka layaklah seorang cina dari MCA dilantik menjadi menteri berbanding dengan Mah.

Berilah undi kepada DAP kerana DAP akan membawa lebih banyak kemajuan kepada Teluk Intan walaupun tanpa bantuan kewangan dari kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Kemenangan calon DAP Dyana Sofya nanti, walaupun atas undi orang cina, penting untuk memberikan gambaran bahawa DAP sememangnya parti yang tidak mendiskriminasi orang Melayu.

Gambaran ini penting bagi membolehkan lebih ramai calon Melayu bertanding atas tiket DAP dalam PRU14 yang akan datang.  

PAS dan PKR terbukti gagal menarik minat orang Melayu untuk mengundi parti masing-masing, terpulang kepada DAPlah untuk mengubah keadaan tersebut dan seterusnya memastikan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.