Thursday, May 22, 2014

PRK Teluk Intan: Calon BN Suka Pukul Isteri?


Menurut sumber risikan Pakatan Rakyat, calon BN bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong ini adalah seorang suami yang suka membelasah isterinya, terutama sekali bila berada dibawah pengaruh alkohol.

Cerita ini disampaikan oleh sumber boleh dipercayai yang rapat dengan keluarga Mah sendiri di Teluk Intan.  Malah dikatakan isteri Mah pernah membuat laporan polis mengenai perkara ini beberapa kali.

Mungkin ramai yang tidak percaya dengan dakwaan tersebut kerana muka dia nampak baik dan lembut, tapi jangan lupa, ini politik, apa saja berkemungkinan.  Muka baik tak semestinya orang baik.


Anyway, macamlah baik atau jahat boleh dinilai dari muka.

Dikatakan, atas sebab itulah Mah ini sukar nak didekati media untuk mendapatkan temuramah.  Jadual kempennya juga sukar nak dapat kerana Mah tak mahu media bertanyakan soalan yang menyentuh tentang sikap panas barannya.

Walaupun ini mungkin kelihatannya masalah peribadi antara suami dan isteri, tapi pengundi Teluk Intan perlu tolak calon yang seperti ini kerana seorang pendera wanita tidak layak dihantar untuk mewakili rakyat di Parlimen.

Dulu tak tahu, tak mengapalah, kini dah tahu, jangan diulangi kesilapan yang serupa.

Elok pilih calon DAP, Dyana Sofya yang secara terbuka menolak undang-undang perlaksanaan hudud Kelantan di Parlimen nanti, walaupun itu mungkin bermaksud menolak agamanya sendiri.

Apa pun aku tak pastilah gesaan itu (memilih Dyana sebagai ahli Parlimen) masih valid atau tidak, kerana berdasarkan tinjauan semasa, Dyana akan menang hasil bantuan dan sokongan dari pengundi cina di Teluk Intan.