Saturday, May 31, 2014

PRK Teluk Intan: Tidak Rasmi DAP Menang 1733 Undi!!


Keputusan tidak rasmi pilihanraya kecil Teluk Intan menyaksikan calon DAP, Dyana Sofya Daud menang dengan majoriti 1,733 undi mengalahkan calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

Dengan keputusan ini, Dyana sekarang adalah ahli Parlimen termuda di Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada semua petugas Pakatan Rakyat atas usaha keras yang dijalankan.  Walaupun majoriti turun dengan teruk, tapi ini memang sudah dijangka berikutan peratus keluar mengundi yang agak rendah hanya 66.5%. 

Dengan kemenangan ini, maka sudah sahlah bahawa hudud tidak akan dilaksanakan di Parlimen dan ini adalah satu berita yang sangat baik untuk semua orang.