Saturday, May 31, 2014

SPR Punca DAP Kalah?


Aku difahamkan sejak proses penjumlahan undi bermula, calon DAP Dyana Sofya Daud sentiasa di berada depan calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

Tapi hairannya, bila keputusan akhir diumumkan, BN pulak yang menang, apa sebenarnya yang terjadi?

Selain itu, jumlah undi rosak - 543 undi terus menjadi persoalan yang hebat dibincangkan sehingga sekarang, kerana difahamkan lebih dari separuh dari undi yang ditolak itu adalah memihak kepada DAP.

Bagaimanapun, peluang DAP belum lagi tamat.  Satu petisyen pilihanraya akan difailkan selepas kepuusan diwartakan, supaya kemenangan ini dibatalkan dan pemilihan semula diadakan.

Buat sementara itu, "Ahli Parlimen" Teluk Intan yang baru bolehlah bergaya dengan kemenangan ini, paling tidak seronok sekejap sebab dapat jadi Menteri.