Thursday, May 22, 2014

Rayer Ganti Karpal Jadi Harimau DAP


Kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh meninggalkan satu ruang yang besar untuk diisi oleh mana-mana pemimpin DAP sedia ada.  Ruang yang dimaksudkan ialah gelaran Tiger Jelutong - merujuk kepada ketegasan Karpal dalam menolak hudud dan memastikan negara ini kekal sekular.

Ramkarpal, walaupun berkongsi darah dan daging yang sama dengan Karpal, dilihat masih tidak mampu memainkan peranan yang besar itu.  Bercakap pun tidak segagah mana, tapi mungkin itu kerana usianya dalam politik yang masih muda berbanding bapanya.

Maka itu, ketegasan ADUN Seri Delima, RSN Rayer yang menggelarkan UMNO sebagai parti celaka di DUN Pulau Pinang kelmarin, menjadikan beliau sebagai calon yang sesuai untuk mengambil alih peranan Karpal sebagai Harimau DAP yang baru.

Ditambah dengan kenyataan Rayer semalam yang enggan meminta maaf kepada UMNO atas perkataan yang dikeluarkannya itu walaupun Pemuda UMNO menyerbu DUN Pulau Pinang semalam ingin mencarinya, menjadikan Rayer ini semakin layak untuk mengganti tempat Karpal sebagai hero rakyat.

Lagipun perkataan celaka itu memang sesuai untuk Melayu UMNO, diucapkan pula dengan nada yang jujur lagi ikhlas, untuk apa ditarik balik? Speaker Dewan pun tak suruh tarik balik semula perkataan itu apa lagi samseng UMNO.

Kita tahu Rayer tidak mudah kecut perut dengan agahan seperti itu kerana Rayer bukan seorang pemimpin DAP yang biasa.  Kariernya sebagai peguam yang berjaya, telah banyak membantu individu dari organisasi tertentu terlepas dari hukuman sehingga ada yang termakan budi dan sanggup membantunya kalau diancam.

Setakat 100 atau 1,000 samseng UMNO yang menyerbu bangunan DUN Pulau Pinang semalam untuk mencari Rayer, itu bukan besar mana pun ancaman, boleh dimatikan dengan sekelip mata sahaja.

Police attempt to restrain Umno protesters from trying to breach the gates of the Penang legislative assembly hall on May 21, 2014. — Picture by K.E. Ooi

Rayer saja yang tidak mahu membesar-besarkan cerita dan dengan itu mencari perlindungan di satu sudut dalam bangunan tersebut atas nasihat pihak polis.

Kalau tidak kerana nasihat tersebut, Rayer boleh berhadapan dengan semua samseng upahan UMNO itu seorang diri.

Inilah yang kita katakan ciri harimau DAP baru yang dicari setelah pemergian Karpa.  Semoga ada lebih ramai lagi pemimpin DAP yang mempunyai keberanian seperti Rayer.