Monday, May 19, 2014

Razali cabar Dyana desak MCA tutup UTAR

Razali Ibrahim
PETALING JAYA: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Razali Ibrahim mencabar Dyana Sofya menegur tindakan pemimpin DAP yang sering mempersoal hak istimewa orang Melayu yang dipersetujui dalam kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan.

“Jika dia (DAP) sanggup mempersoal dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mengutamakan pengambilan pelajar Melayu, kenapa dia tak suruh Universiti Tunku Abdul Rahman yang dimonopoli satu kaum bukan Melayu ditutup?” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-68 Umno dan Hari Keluarga Umno Bahagian Muar di Dewan Serbaguna Sungai Balang di Muar semalam.

Pemilihan peguam muda Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang juga setiausaha politik Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, sebagai calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan satu perangkap minda kepada pengundi, terutama orang Melayu.
Sementara itu Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Ahmad Maslan berkata pengundi di Teluk Intan diminta tidak terpedaya dengan taktik pembangkang yang meletak calon Melayu di kawasan itu sedangkan perkara berkenaan tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Katanya,pemilihan peguam muda Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang juga setiausaha politik Anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, sebagai calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan satu perangkap minda kepada pengundi, terutama orang Melayu.
“DAP bukan sahaja pilih calon Melayu malah mereka meletakkan individu yang masih mentah dan tidak mempunyai apa-apa jasa kepada rakyat di Teluk Intan.
“Saya yakin kelebihan memihak kepada Barisan Nasional yang mempertaruhkan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai calon PRK Parlimen Teluk Intan kerana beliau pernah menjadi wakil rakyat dan sudah menabur bakti sebelum ini selain mempunyai banyak pengalaman,” katanya.
Beliau mengulas pemilihan calon DAP itu selepas melancarkan Biro Penerangan, Media Baru dan IT Umno Bahagian Jerantut semalam.
Ahmad berkata konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang ditonjol DAP dengan memilih calon wanita Melayu sudah lama diguna pakai BN.
“Pengundi kaum Cina lebih ramai di kawasan Parlimen Teluk Intan, jadi pemilihan Siew Keong merupakan langkah paling tepat,” katanya.