Monday, May 19, 2014

Penganalisis: Siew Keong lebih berpengalaman

  • Mah Siew KeongMah Siew Keong
 1 / 1 
SHAH ALAM - Keputusan BN meletakkan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sebagai calon PRK Teluk Intan disifatkan tepat.

Ini kerana Siew Keong dianggap pemimpin BN paling berpotensi untuk merampas semula kawasan itu daripada DAP.

Pensyarah Kanan Sains Politik Pusat Pengajian Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, calon BN mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik melalui pengalaman dan kedudukannya berbanding calon muda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.


Menurutnya, pengalaman serta status Siew Keong sebagai pemimpin nombor satu partinya, harus dijadikan perkiraan pengundi pada PRK ini.
“DAP menggunakan pendekatan strategi politik memperkenalkan golongan muda sebagai calon dan setakat ini strategi mereka masih belum menunjukkan sesuatu yang boleh dibanggakan selain hanya bertindak menjadi permainan politik DAP.

“Berbeza dengan BN, kekalkan strategi tradisional, mengetengahkan calon berpengalaman dan terbukti melalui perkhidmatan dan pembangunan yang diberikan kepada rakyat. Jika beliau menang, Siew Keong berpeluang cerah untuk diberikan tempat dalam kerajaan dan ini
boleh memberi manfaat kepada penduduk Teluk Intan," katanya.

Menurutnya, strategi politik DAP  itu sememangnya lebih popular kepada rakyat namun bukan untuk perkhidmatan yang mereka perlukan.