Thursday, May 22, 2014

Takkan Shabery membuat kenyataan serendah itu, kata Mustafa

mustafa ali
KUALA LUMPUR: Setia usaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek tidak membuat kenyataan yang membingungkan calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

Katanya, tak kanlah taraf menteri membuat kenyataan serendah itu.
Katanya, kenyataan Shabery di Putrajaya semalam yang berkata jika DAP menang jelas menunjukkan bahawa rakyat menolak hudud.

“Kalau begitu, kita tanya Shabery adakah dengan menyokong calon BN daripada Gerakan bererti menyokong atau bersetuju dengan pelaksanaan hudud?” soal beliau.
Beliau yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu bertanya adakah calon BN, Mah Siew Keong bersetuju dengan kenyataan Ahmad Shabery Cheek berhubung pelaksanaan hudud?
Beliau berkata, rakyat umumnya mengetahui bahawa Gerakan menentang keras pelaksanaan hukum hudud.
Pada 24 April lalu, sekumpulan Pemuda Gerakan menyerahkan notis kepada PAS, mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan meneruskan hasrat melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II (1993) melalui Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.
Notis itu diserahkan ketuanya Tan Keng Liang bersama 12 anggotanya kepada Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Yusapiza Yaakob di Pejabat Agung PAS.
PRK Teluk Intan diadakan ekoran kematian Seah Leong Peng daripada DAP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengidap barah pada 1 Mei lalu.
Pada PRK yang berlangsung 31 Mei ini, Mah menentang calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud.
Pada PRU13 lalu, Seah Leong Peng yang memperolehi 27,399 undi menng dengan majoriti 7,313 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong daripada Gerakan yang mendapat 20,086 undi dan K Moralingam (Bebas) yang mengutip 279 undi.