Friday, May 2, 2014

Turun 501: Perbezaan Jumlah Peserta Mengelirukan Rakyat


Pakatan Rakyat hairan dengan perbezaan laporan oleh media pro Pakatan Rakyat sendiri mengenai jumlah sebenar rakyat yang turun membanjiri ibu kota bagi membantah perlaksanaan GST di Kuala Lumpur semalam.

Kita tidak bercakap tentang perbezaan yang kecil tapi jurang yang sangat besar.  Harakah umpamanya mengatakan 100,000 (hari ini sudah 50,000), Free Malaysia Today 15,000, Malaysiakini 80,000 dan Malaysian Insider 20,000.

80,000 dan 15,000 ini adalah satu perbezaan yang begitu ketara. Paling mengelirukan ialah Harakah, bagaimana semalam boleh dapat 100,000 orang, tapi hari ini jumlah tersebut turun lebih dari separuh?

Dengan apa cara mereka ini semua mendapatkan jumlah angka bagi dimuatkan dalam laporan masing-masing sedangkan Pakatan Rakyat sudah mengeluarkan angka rasmi iaitu sebanyak 500,000 orang.

Fakta ini telah diputuskan oleh beberapa orang pakar dalam bidang fotografi yang membuat kesimpulan tersebut berdasarkan panjang dan lebar Jalan Sultan Abdul Samad yang menjadi lokasi kebangkitan rakyat semalam.

Selain kita, kita juga mempunyai beberapa pendekatan lain untuk mendapatkan jumlah sebenar peserta himpunan semalam, selain pendapat pakar fotografi dan analisia yang lagi satu itu, turut tidak banyak berbeza dengan analisa oleh pakar.

Justeru, setiap media yang berkenaan diminta membetulkan laporan masing-masing untuk mengelakkan salah faham di kalangan rakyat. Rakyat mahu jumlah yang tepat dan betul kerana itu boleh menyokong pendapat bahawa rakyat Malaysia membantah perlaksanaan GST.

Walaupun 500,000 yang datang semalam tidak seberapa jika dibandingkan dengan 13 juta pengundi dan 30 juta rakyat Malaysia, tapi ia masih lagi satu gerakan yang dianggap berjaya mencapai matlamat setelah kegagalan dalam beberapa himpunan selepas PRU13 yang lepas.



Tanpa jumlah yang besar dan tepat, Pakatan Rakyat bimbang pada masa hadapan, rakyat tidak mahu lagi menyertai himpunan besar-besaran seperti itu lagi, sudahlah walaupun dengan beratus ribu yang datang semalam, BN/UMNO masih tetap melaksanakan GST.