• PRK
 1 / 1 
AYER ITAM - Proses pengundian awal untuk PRK Bukit Gelugor sehingga jam 10 pagi tadi berjalan lancar dengan 27 peratus sudah keluar mengundi di empat lokasi iaitu di Balai Polis Ayer Itam, Balai Polis Bandar Baru, KD Sri Pinang dan Tabika Kemas Markas Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1, Batu Uban.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, peratusan itu bersamaan dengan 40 orang daripada 148 pengundi berdaftar yang terdiri daripada anggota polis dan tentera.