Monday, June 30, 2014

Apa Komplot Najib & Hadi?


Ibu jari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor katanya masih duduk di atas (baik), belum lagi duduk di bawah (tidak baik).

Agaknya kenapa itulah majoriti pemimpin PAS masih menyokong kepimpinan Khalid sebagai Menteri Besar walaupun dua komponen Pakatan Rakyat yang lain, DAP & PKR telah mula berkira-kira untuk menggugurkan Khalid dari jawatan itu.

Ini berikutan kegagalan Khalid dalam banyak hal di Selangor, dari masalah air sehinggalah gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor yang berjaya dirampas oleh pesaingnya, bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickvasagam baru-baru ini.

Walaupun keputusan pemilihan tersebut diselebungi dengan misteri berikutan bekalan elektrik yang terputus secara tiba-tiba sewaktu pemilihan undi dijalankan di ibu pejabat PKR di Tropicana, tapi yang penting keputusan rasmi Khalid kalah.

Ramai kata, setelah kekalahan itu, Khalid cuba menyelamatkan lehernya dengan meminta bantuan PAS untuk kekal sebagai Menteri Besar.

Tidak hairanlah kenapa Khalid baru-baru ini dikesan secara diam-diam melawat Hadi di Institut Jantung Negara (IJN) sebelum Perdana Menteri, Najib Tun Razak menyusul petang semalam.  Menurut sumber, kedua-dua lawatan itu tidak ada dalam aturcara rasmi Hadi.

Apakah pertemuan ini ada kaitan dengan ura-ura Khalid nak menyertai PAS untuk mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor seperti mana yang heboh diperkatakan sekarang ini, dan  pertemuan dengan Najib pula ialau untuk menjamin sokongan ADUN BN Selangor terhadap tindakan tersebut.

Dakwaan ini ada logiknya kerana difahamkan Najib bertemu Hadi luar biasa lamanya, lebih 1 jam!!  Mana pernah kita dengar sesiapa melawat orang sakit sampai satu jam, melainkan ada perbincangan serius berlaku secara tidak rasmi.

Begitu juga dengan Khalid yang dilaporkan melawat Hadi pada waktu hampir tengah malam beberapa hari sudah.

Semua ini memerlukan penjelasan dari semua yang terbabit.  Walaupun gabungan DAP & PKR sahaja cukup untuk menyingkirkan Khalid dan melantik Menteri Besar baru, tapi peranan PAS masih penting terutama kalau Khalid berjaya membawa satu atau dua ADUN PKR untuk menyokongnya.