Friday, June 6, 2014

Benarkah Dyana Anak Yammi & Pemimpin Kanan DAP?

Ada beberapa laporan di blog-blog & akaun Facebook yang mendakwa calon DAP yang tewas dalam pilihanraya kecil Teluk Intan minggu lepas, Dyana Sofya Daud adalah anak kepada seorang pemimpin kanan DAP dan ibu Dyana, Yammi Samat.

Menurut laporan-laporan berkenaan, hubungan kekeluargaan inilah yang menyebabkan Dyana mendapat keistimewaan luar biasa di dalam parti tersebut, termasuk menjadi Setiausaha Politik kepada seorang ahli parlimen DAP dan terpilih menjadi calon pilihanraya Teluk Intan walaupun baru menyertai DAP pada tahun 2011.

Tidak hairanlah (kata mereka) mengapa, sepanjang kempen ini berlangsung, masing-masing Yammy dan pemimpin kanan DAP berkenaan, tidak pernah meninggalkan Dyana bersendirian, sehingga menimbulkan persoalan kerana tidak pernah dalam sejarahnya, beliau menjadi terlalu rapat dengan mana-mana calon DAP seperti itu.
Apatah lagi yang dikatakan sebagai ayah kandung Dyana itu, Mohd Daud, hanya kelihatan pada waktu penamaan calon sahaja, selepas itu lenyap.  Sampai ke sudah bayangnya pun tak nampak.

Ramailah wartawan yang bertanya kemana Mohd Daud pergi tapi jawapan yang sering diberikan ialah, dia sibuk, disamping itu ada juga cakap-cakap yang mengatakan Yammi seorang queen control dan tidak mahu suaminya itu terlibat.

Bagaimanapun, aku nak menjelaskan disini bahawa kesahihan maklumat berkenaan tidak dapat dipastikan dan hanya satu spekulasi.  Mungkin ia adalah fitnah yang disebarkan oleh budak-budak UMNO yang tidak berpuas hati kenapa wanita Melayu secantik Dyana ini memilih untuk masuk DAP, bukan UMNO.

Lagipun, pada zaman yang serba canggih seperti hari ini, bukan sukar mana nak membuktikan kesahihan maklumat seperti ini, buat ujian DNA sajalah, tak sampai satu jam dah selesai.

Tapi kalau pun maklumat itu benar sekalipun, aku tidak nampak sebarang masalah yang boleh dijadikan isu.  Dalam BN pun kita tahu skandal seperti ini banyak berlaku, cuma tidak didedahkan kerana orang terlibat pada satu ketika pernah menjadi Menteri dan ada pengaruh.

Kita pun tahu, ini cerita manusia, bukan malaikat.