Tuesday, June 3, 2014

Cadbury: walaupun halal, umat Islam tidak yakin


KUALA LUMPUR: Sebahagian umat Islam masih tidak yakin dengan status dua produk Cadbury walaupun disahkan halal dan tiada unsur DNA babi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada hari ini.

Rata-rata mereka memberi komen negatif terhadap kenyataan terkini Jakim di laman Facebook dan melahirkan rasa was-was untuk terus membeli produk terbabit.

Syafiq Inzaghi: ... klu btol mcm tu knp cadbury x saman je jakim sbb xperiksa btol2 hingga menghilangkan kepercayaan org ramai terhadap produk cadbury..??? atau ada babi di sebalik semak ni??

Faqirah Abdullah: dahla...Umat Islam tkkan terlibat dgn benda2 syubhat...kejap halal kejap haram..tepok dada tanya iman

Napisah Yunus: Tak caya dah sampai bila2...tak akan beli seumur hidup.

Razman Kman Ayub: Jangan beli dan jangan makan barangan yang disyaki haram.

Saiful A Samad: ape nak pening-pening kepala pada Cadbury ni, tak mati pun kalau tak makan cokelat Cadbury

Det Es: oooo tak de babi ka? kalau mcm tu,,, kementerian kesihatan sengaja buat fitnah kepada syarikat cadbury dan JAKIM la.... so ape lagi, kita pakat SAMAN kementerian kesihatan pula.... SAMAN kementerian kesihatan!

Kalsom Yahya: Tak nak beli. .sbb najib suka bohong kami kaum ibu..

Ridzuan Kadir: Kejap ada . pas tu tak ada pulak apa pulak ceritanya . Main wayang ke

Pada 24 Mei baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kenyataannya telah membuat siasatan dan mendapati dua produk Cadbury iaitu coklat susu kacang hazel dan coklat susu buah badam mengandungi DNA babi.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula mengesahkan bahawa dua produk terbabit tidak ada unsur DNA babi.

Katanya, pengesahan itu adalah hasil daripada analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat yang diambil terus dari kilang di Shah Alam.