Friday, June 27, 2014

Caj RM50 Untuk Lawat Panda: PR Akan Arah Beruang Itu Ditembak!!


Kadar sebanyak RM50 yang dikenakan pihak Zoo Negara kepada pengunjung yang ingin menyaksikan 2 ekor panda Ling-Ling dan Xing Xing, benar-benar membebankan rakyat yang telah sedia terbeban dengan pelbagai kenaikan kos kehidupan di negara ini.

RM50 yang dikenakan ini, memang bertujuan untuk menekan kehidupan rakyat.  Sudahlah kadar masuk ke Zoo Negara sekarang pun sudah mencecah RM30 seorang, nak ditambah RM50 lagi untuk melihat 2 ekor panda itu.

Tidak masuk akal.

Caj melampau ini pada pandangan Pakatan Rakyat nak digunakan untuk menampung kos penjagaan 2 ekor panda ini dianggarkan bernilai sebanyak RM 2.5 juta setahun dan mengikut perjanjiannya, binatang itu akan berada di negara ini selama 10 tahun.

Bermaksud kos keseluruhan penjagaan 2 ekor panda di negara kita ini sepanjang tempoh itu adalah sebanyak RM 25 juta - macam-macam boleh dibuat dengan wang sebanyak itu.

Untuk menyelesaikan masalah ini, Pakatan Rakyat telah membuat keputusan untuk memulangkan kembali 2 ekor panda ini kepada kerajaan China sekiranya kita berjaya mengambil alih Putrajaya selepas PRU14 nanti.  

Jika kerajaan China enggan menerima binatang-binatang ini semula atas alasan perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan BN sebelumnya, Pakatan Rakyat tidak ada pilihan selain mengarahkan agar panda-panda itu ditembak mati saja.

Dengan cara itu rakyat tidak akan terbeban dengan perbelanjaan besar untuk menyara panda berkenaan dan wang sebanyak itu boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat.

Pakatan Rakyat tidak nampak bagaimana tindakan itu nanti (menembak atau memulangkan panda) boleh menjejaskan hubungan negara kita dengan China kerana China sudah tentu faham bahawa perjanjian itu ditandatangani dengan kerajaan BN, bukan kerajaan Pakatan Rakyat.

Kalau menjejaskan sekalipun, Pakatan Rakyat tidak nampak akan timbul sebarang masalah kerana ada banyak lagi negara lain di dunia dimana Malaysia boleh meningkatkan kerjasama antara negara.  
Apatah lagi ditambah dengan kehebatan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat antarabangsa, kekosongan yang ditinggalkan itu boleh diisi dengan mudah.